5 Taman Tema Air Best Untuk Berlibur, Puas Berendam Harga Tiket Pun Berpatutan!

Taman Tema Air Pilihan Rakyat nak berlibur, anak-anak mesti seronok!

Inilah waktunya untuk anda dan keluarga bersuka-ria. Walau apa cara percutian sekalipun, jika tidak melibatkan keseronokan bermain air, seperti tidak sempurna. Di negara kita terdapat pelbagai pilihan taman tema berkonsep tersendiri, pilih sahaja mana yang kena dengan bajet anda.

Untuk anda yang mencari lokasi taman tema air bersaiz ‘mini’ atau tiket yang ditawarkan berbaloi untuk kunjungan keluarga. Ini destinasi yang dicadangkan:

  1. Wet World Shah Alam, Selangor

  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali hari Rabu 10.00am hingga 6.00pm
  • Bayaran: Dewasa 130cm dan keatas RM33 / Kanak-kanak 3 tahun hingga 10 tahun RM29 / Warga Emas 60 tahun hingga 99 tahun RM20

2. Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Melaka

  • Waktu Operasi: Selasa hingga Jumaat 11.00am hingga 6.00pm / Sabtu dan Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah 9.00am hingga 6.00pm
  • Bayaran: Selasa hingga Jumaat: Dewasa RM36.00 / Kanak-kanak RM29.00 / Warga Emas, OKU RM22.50 / Sabtu dan Ahad: Dewasa RM40.50 / Kanak-kanak RM34.00 / Warga Emas, OKU RM22.50

3. Kubang Gajah Mini Waterpark Temerloh, Pahang

  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Rabu: 2.00pm – 7.00pm / Cuti Sekolah, Sabtu & Ahad, Cuti Umum 9.00am hingga 7.00pm
  • Bayaran: Dewasa RM12 / Kanak-kanak 2 hingga 12 Tahun RM10 / OKU, Warga Emas RM6

4. Gold Coast Morib Water Theme Park, Banting, Selangor

  • Waktu Operasi: Setiap Hari 10.00am hingga 6.00pm
  • Bayaran: Dewasa 12 Tahun dan Keatas RM25 | Kanak-kanak 2 hingga 11 Tahun RM15

5. Waterworld @ I-City, Selangor

  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Selasa 11.00am hingga 6.00pm / Sabtu dan Ahad, Cuti Umum 10.00am hingga 6.00pm / Cuti Sekolah 10.00am hingga 7.00pm
  • Bayaran: Dewasa RM38/ Kanak-kanak RM33

image via google


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply