Bercuti Di Penang Bukan Layan Tempat Makan Ja. 4 Tempat Ni Menarik Untuk Korang Pi, Memang Best!

Pulau Pinang antara negeri yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Terkenal sebagai syurga makanan, Pulau Pinang juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.

Dihubungkan dari tanah besar melalui dua jambatan yang cukup gah dan dikenali ramai, kalau pi bercuti ke Pulau Pinang, ini antara tempat yang perlu anda lawati yang disarankan oleh Nurhumairah Zain Azmi.

PULAU PINANG :  BUKAN SEKADAR PULAU

Ketibaan Captain Francis Light ke bumi Pulau Pinang bermula pada tahun 1786 dimana termetrainya perjanjian antara Francis Light dengan Sultan Kedah. Pulau Pinang dijadikan sebagai tukar ganti oleh Syarikat Hindia Timur kepada Kedah dengan memberikan perlindungan keselamatan kepada bumi Jelapang Padi tersebut.

Pulau Pinang yang dahulu, bukanlah Pulau Pinang yang sekarang di mana penduduk, ekonomi, struktur bangunan, kemudahan awam dan landskapnya telah berkembang pesat seiring zaman. Terdapat pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh penduduk di pulau itu dan juga pelancong dari luar.

Keindahan Pulau Mutiara ini meliputi keindahan bukit-bukau, laut, hutan, dan struktur banggunan bersejarahnya sehinggakan Pulau Pinang menjadi salah satu tempat perlancongan yang wajib dilawati penduduk dari seluruh dunia.

  1. Padang Kota

Padang kot merupakan satu kawasan yang terletaknya di bandaraya Georgetown. Padang kota boleh dibahagikan kepada dua iaitu padang kota lama dan padang kota baru. Padang kota ini sering dijadikan tempat untuk mengadakan majlis-majlis penting seperti sambutan hari kemerdekaan, sambutan Tahun Baru, dan juga acara -acara yang lain. Kelebihan Padang Kota ini yang menghadap ke arah laut dapat menjaminkan ketenangan buat pelancong yang mencarinya.

Selain itu, permandangan laut yang luas dapat dilihat dari tembok benteng membuatkan mana-mana pengunjung berpeluang untuk mengamati permandangan jambatan Pulau Pinang yang menggabungkan pulau dan tanah besar. Padang kota juga turut menjadi tumpuan pelancong kerana  di dalam Padang Kota itu sendiri terdapat banggunan bersejarah yang dikenali sebagai Fort Cornwallis. Fort Cornwallis ini asalnya merupakan kubu pertahanan yang dibina oleh British.

2. Penang Street Art

Penang Street Art merupakan satu tempat perlancongan di Pulau Pinang yang menyediakan pelbagai mural yang membolehkan pengunjungnya untuk bergambar. Street Art bukan sahaja terdapat di Georgetown malah ianya juga terdapat di Butterworth dan Street Walk di Balik Pulau. Street Art mula terkenal di Pulau Pinang ialah dengan hasil lukisan dari seorang pelukis yang berasak dari Lithuania, iaitu Ernest Zacharevic.

Street Art atau street mural ini terletak di georgetown. Bukan sahaja mampu untuk menarik perhatian penduduk tempatan, malah ianya juga berjaya menarik perhatian pelancong yang datang dari luar yang cintakan keindahan lukisan mural.

Kredit gambar: canva.com

Ernest Zhacarevic bukan sahaja meninggalkan satu lukisan, malah banyak lagi lukisan-lukisan beliau yang menarik dan indah antaranya di Chew Jetty (Boat),  Lebuh Armenian (Kids on a bicycle), Lebuh Ah Quee (Old motorcycle, boy on a bike), Lebuh Cannon (boy on a chair, Lebuh Chulia (broken heart) dan banyak lagi. Pelancong yang hadir boleh melihat keindahan lukisan ini pada bila-bila masa oleh kerana ianya tidak ada had waktu untuk melawat.

3. Bukit Bendera

Bukit bendera juga merulakan salah sayu tempat yang menarik yang terdapat di Pulau Pinang. Bukit Bendera menjadi tempat kawasan tarikan pelancong oleh kerana suhunya yang nyaman,sejuk dan sederhana. Permandangan dari atas bukit bendera tersebut dianggap amat berharga kerana ianya mampu untuk memaparkan keseluruhan keindahan permandangan di Georgetown.

Pada asalnya Bukit bendera ini dibuka oleh penjajah bagi tujuan menanam Strawberi disebabkan oleh tempatnya yang tinggi dan suhunya yang sejuk dan dingin. Bukit Bendera ini terletak pada ketinggian 830 meter. Secara umumnya, bukit ini bukit ini lima darjah celcius lebih dingin daripada paras laut.

Bukit Bendera bukan sahaja menyediakan keindahan pada permandangan semata-mata, tetapi ianya juga mempunyai taman burung, muzium burung hantu, kedai-kedai makan yang pelbagai serta  terdapat juga kuil Hindu dan Masjid bagi orang Muslim untuk beribadah. Untuk sampai ke puncak bukit bendera disediakan dua pilihan iaitu yang pertama pelancong boleh memilih untuk menaiki train keretapi dan pilihan yang kedua ialah pelancong boleh memilih untuk menggunakan laluan jungle tracking. Tidak lupa juga pada keindahan flora dan fauna yang bervariasi yang sangat menarik sehinggakan ianya tidak dapat digambarkan dengan lisan.

4. Tropikal Spice Garden

Kedua-dua pengasasnya iaitu David dan Rebecca Wilkinson memiliki ilham untuk mewujudkan taman tropika yang mampu memberikan ketenangan. Mereka berdua bersama dengan ahli-ahli pasukan yang berbakat — Lim In Chong, Frederick Walker, Katharine Chua dan Kenneth Khoo telah berjaya mengubah ladang getah terbiar kepada taman yang telah memenangi Anugerah Destinasi Eko-Pelancongan di Asia Tenggara.

Tropical Spice Garden mula beroperasi dan dibuka kepada orang awam pada November 2003 mempamerkan lebih 500 jenis fauna yang eksotik dan flora (penekanan kepada rempah) di sekitar hutan yang mempunyai keluasa hampir 8 ekar. Kunjungan pelancong ke sini akan disambut dengan haruman rempah ratus dan juga bunyi unggas yang kedengaran sepanjang perjalanan di dalam taman ini.

Betul, memang macam-macam benda yang boleh pelancong lihat di sini dan kebanyakkanya adalah tumbuhan yang selalu kita dengar tapi belum pernah lihat. Terdapat satu kiosk yang mempamerkan beberapa jenis rempah ratus yang sedia untuk ditumbuk oleh para pelawat yang hadir. Boleh pilih dan campur, tumbuk dan nikmati kesegaran haruman yang terhasil. Menarik kerana ianya memberi peluang kepada pengunjung untuk ‘berinteraksi’ dengan rempah ratus yang disediakan. Sebelum berangkat pulang, kita boleh lihat beberapa barangan yang dijual di kedai cenderahati TSG untuk dibawa pulang bersama. Antaranya ialah rempah ratus yang telah siap dibungkus, baju, postcard, buku dan macam-macam lagi.

Artikel ini disumbangkan oleh Nurhumairah Binti Zain Azmi, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply