Cuti sempena tahun baru dimanfaatkan dengan membawa keluarga seramai 12 orang bercuti dengan menaiki Jungle Train atau Train Ekpress Rakyat Timuran dari Kluang Ke Kota Bharu.
Meskipun perlu melalui perjalanan yang lama dalam tempoh 14 jam, tapi bila dah ramai-ramai semuanya meriah dan tak terasa lama. Tambah pula dapat enjoy view cantik sepanjang perjalanan.
Berkongsi itinerari dan juga tip buat yang ingin travel menaiki sleeper trai KTMB yang turut dikenali dengan nama jungle train ini, Muhammad Syafiq mengabadikan kenangan dengan memuat naik gambar-gambar dia dan keluarganya sepanjang percutian mereka ke sana.
Banyak tempat menarik di Kota Bharu yang sempat dilawati oleh keluarga ini meskipun hanya dua hari berada di Bandar Serambi Mekah itu. Sempat piknik ke Pantai Nami di Bachok dan shopping di Pasar Siti Khadijah.
Ikuti perkongsiannya:
Trip Family 4h3M ke Kota Bharu dengan menaiki Train Express Rakyat Timuran.
2 Malam di dalam train & 1 Malam di hotel
8 Dewasa,3Kanak-kanak & 1Bayi.
1 Jan 2023
10:40PM ERT26 Kluang – Wakaf Bharu
- Semua ambil Koc T8 dan katil bawah untuk keselesan dan view yang lebih luas dan Cantik
- Perjalanan mengambil masa selama 14Jam dan akan sampai di Wakaf Bharu Keesokan harinya iaitu Pada 2 Jan 2023.
- Saya parking di KTM Kluang berdekatan Kluang rail coffe ,kena pakai TnG card dan bayaran dikenakan max RM5 untuk sehari,open car park tapi still selamat sebab berpalang.
- Dari Kluang sampai Ke Kuala Lipis boleh tidur dengan lena sebab malam tak nampak apa pun view,tapi dari Merapoh sampai la ke Tumpat korang kena stay untuk tengok sunrise dan view yang cantik sepanjang perjalanan sehinggala sampai ke destinasi terakhir.
- Cafe ada sediakan makan untuk breakfast tapi makanan limited,kalau nak minum-minum dan makan maggi cup sambil lepak dekat cafe pun nice.Saya dah siapakan stock makanan dan jajaan sebab trip family ramai and incaselapar tengah2 malam tu kan ada jugak bekalan.
1:00PM Sampai di Stesen Wakaf Bharu
- Train lewat tiba 30mins dari jadual asal
- Kami sewa van untuk 1 hari setengah dengan kos RM450 ,van Hiace 12 seat sesuai sangat untuk trip family ni.
- Destinasi Pertama selepas Lunch kami pergi jalan-Jalan dan shopping di Komplesk Bebas Cukai,Pengkalan Kubor.
- Singah bergambar di Wat Machimmaram,Tumpat.
5:30PM
- Sampai di Kota Bharu terus check in di Ibis style Kota Bharu ,aim stay hotel ni sebab dapat offer yang menarik dan kebetulan ada pool,boleh bawak anak-anak buah mandi tapi awas ya,pool dia dalam dan tiada pool kanak-kanak,korang kena bawak pelampung dan awasi anak-anak korang.
8:30PM
Banyak kedai makan yg viral tutup,kami cari Dinner di sekitar bandar KB dan terus balik ke Hotel.
3 Jan 2023
8:00AM-6:00PM
Breakfast di Kopitiam Kita
Cari ole-ole di Pasar Khadijah
Picnic di Pantai Nami Malaysia,juga di kenali sebagai Pantai Senok.
Pekena ICT di Warung Acu Tera Sotong Celup Tepung
7:00PM
Return Van Sewa di station Wakaf Bharu
Mandi,solat,Makan dan tunggu train ERT27 untuk balik semula Ke Kluang.
8:45PM
Train ERT27 sampai on time ,masuk je train semua terus tertidur kepenatan.
4 Jan 2023
9:40AM
Train ERT27 sampai di Stesen KTM Kluang dan kami beransur pulang.
Tip:
- korang boleh downloads Apps KITS KTMB dan buat tempahan seawal sebulan untuk pastikan korang dapat katil bawah dan koc yang bersesuaian.
2. Elakan pilih katil di no awal dan akhir (1&3 dan 37&39) sebab tingkap dia ada 2 section dan korang tak akan dpt view yang penuh sbb ada panel tingkap.
3. Bagi mereka yang tak nak ada ganguan orang keluar masuk dari koc ke koc untuk ke cafe boleh pilih di koc yang hujung sekali (T8/9) agak bising sedikit sebab dekat dengan engine lokomotif untuk ERT26 (JB sentral-Tumpat),kalau untuk laluan balik insyallah tiada bunyi engine sebab Koc Hujung Kepala Lokomotif akan berada di hadapan sekali.
4. Pastikan korang ambil masa dan keluar sekejap untuk bergambar di stesen Gua Musang sebab view dia sangat cantik dan trai akan berhenti sedikit lama di sana.
5. Ruang bagasi tidak disediakan ya,barang dan beg boleh diletak ditepi katil di laluan di dalam koc,kalau dalam perjalanan balik korang tershopping banyak,korang boleh book extra 1katil untuk kumpulkan satu tempat untuk mengelakan kehilangan barang dan memudahkan pergerakan nak turun dari train nanti.Macam saya ada beli 2 katil kanak-kanak tapi masa balik barang banyak sangat,jadinya 2 orng anak buah saya tidur sekali dan lagi satu katil kami buat cargo space untuk kami.
6. Warga emas/pesara kerajaan ada diskaun konsesi sebanyak 50% tetapi kena buat pendaftaran di kaunter ataupun online melalui apps KITS terlebih dahulu.
7. Tiket kanak-kanak untuk umur 4-12 tahun,manakala 3 tahun ke bawah adalah percuma dengan syarat mereka perlu duduk bersama Ibu/bapa dan umur dikira mengikut bulan kelahiran ya.
Kredit: Travelogue Mr Backpacker
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.