Nak cari penginapan yang cantik dan selesa memang banyak, bila dapat yang cantik dengan harga yang berpatutan semestinya bonus buat korang yang suka travel.
Bila ke Pulau Pinang, selain mencari makanan, penginapan yang strategik juga penting. Senang nak bergerak ke tarikan-tarikan lain yang ada di sekitarnya. Kalau dapat yang tengah bandar memang terbaik.
Rare Heritage House, Boutique hotel yang terletak di seberang jalan dari Pelabuhan Pulau Pinang. Memang sesuai untuk dijadikan pilihan bila datang bercuti ke pulau mutiara ini.
Berada di gudang lama yang wujud sejak abad ke 19 lagi, bangunan ini dibaik pulih menjadikan ia satu penginapan yang cukup menarik untuk korang berada di sini.
Mempunyai 14 bilik dengan suasana dan dekorasi tersendiri yang menarik dan cantik, setiap bilik lengkap dengan tv skrin rata, peti sejuk mini serta peralatan membuat the dan kopi.
Lokasinya juga cukup strategik, korang yang stay kat sini boleh berjalan kaki untuk ke tarikan-tarikan lain seperti Penang Art Street, Armenian Street, Masjid Kapitan Keling dan banyak lagi.
Tak perlu risau kalau lapar kerana banyak kafe dan tempat makan yang boleh korang explore bila menginap di sini. Memang menarik, kalau ada plan ke Penang, boleh pertimbangkan untuk menginap di sini!
Alamat: 107 Lebuh Victoria Georgetown 10300 George Town, Penang, Malaysia
FB: RARE Heritage House Penang
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.