Aktiviti dan percutian alam seperti dilokasi pedalaman semakin mendapat perhatian ramai terutama rakyat Malaysia. Lokasi sebegini sebenarnya bukan saja dapat mempromosikan lokasi ‘nature’ tempatan kepada orang ramai, juga memberi pendedahan percutian alam kepada keluarga tersayang.
Jangan risau jika anda inginkan segalanya serba lengkap dan selesa walaupun ketika bercuti dikelilingi ‘hutan’, kerana ada penginapan menarik di Janda Baik, Pahang sesuai untuk permintaan anda itu. Jika anda teringin untuk mencuba percutiaan sebegini dan lokasinya tidak jauh dari ibu kota, ini ada perkongsiaan info menarik daripada saudara Paan Mohd
Lokasi: Sugeh Hill Resort, Janda Baik (31/7/2020 – 2/8/2020)
4,99 bintang untuk Sugeh Resort, Janda Baik, Pahang! Kenapa 4.99 bintang?. 0.01 bintang yang kurang tu letaknya di mini zoo Sugeh Resort ni. Sebabnya tak banyak sangat haiwan yang ada di situ. Setakat yang Abe nampak, ada la burung merak, rusa, angsa, ayam. Yang lain, wallahualam.
Tapi Abe percaya mini zoo ni belum siap sepenuhnya. Pasti ada idea Dato Aliff Syukri nak buat lagi. Mesti punya lah. Kan!. Ok, itu sedikit kekurangan. Jom kita cerita super kelebihan Sugeh Resort ni pula. Yess!!. Untuk 3 hari 2 malam Abe di sana so far Abe dan family Abe enjoy sangat-sangat.
Yang pertama, Sugeh Resort letaknya tak berapa jauh dari Kuala Lumpur. Hanya makan masa lebih kurang 1 jam untuk sampai. Jalan nak masuk agak sempit dan berbukit. So, hati-hati ye gais kalau nak pergi. Jangan bawak kereta macam nak main drift pula ya. Oleh kerana agak dekat, Abe bertolak lewat sikit dari rumah. Waktu check in adalah 2.30 pm. So Abe sampai sana dalam 4.30. Elok sampai, Abe solat asar dan terus tuju ke sungai. Sungainya sangat terjaga. Ada kawasan yang ada batu dan juga ada kawasan yang kurang batu. Sangat best. Kawasan sungai yang dilindungi penuh oleh pokok-pokok yang besar membuatkan kawasan mandi sungai tu tak panas dan teduh. Tak de lah takut sunburn ye. Hahaha. Tengok gambar kat bawah.
Kedua, kolam renang open for 24 hours gais. Korang kalau ada anak-anak yang gila air ni, elok sangatlah. Ada kolam kanak-kanak dan dewasa. Kolam dewasa pun dalam kedalaman 1.2 meter sahaja. Tak dalam sangat. Boleh tengok gambar Abe share ok.
Ketiga, paling best, di Sugeh Resort ni juga ada aktiviti flying fox. Antara yang panjang juga lah. 100 meter. Syok sebab laluan flying fox ni dijamukan dengan pemandangan yang indah gila gais. Tak percaya, korang tengok gambar yang Abe snap kat bawah ni ye. Bayaran untuk flying fox ni Rm30 untuk dewasa, Rm20 untuk kanak-kanak. 2 kali naik tau!.
Keempat, untuk aktiviti sampingan bersama keluarga, boleh juga main giant bubble. Seronok anak-anak Abe sebab berlatar belakangkan pemandangan cantik, ditambah pula kawasan lapang dan luas, berangin pula di kawasan tu. Best, memang best.
Kelima. Tak cukup dengan tu, gais, di sini ada bilik karaoke gais. Percuma!!. Yes, percuma!. Korang boleh beritahu dekat reception yang korang nak karaoke, then dia sediakan bilik untuk korang. 2 jam korang boleh melalak dekat dalam bilik tu. Bilik karaoke tu terletak di tepi kolam renang je gais. Syahdu beb!. Layan karaoke tepi kolam. Haha.
Keenam. Untuk aktiviti berkuda, ada bayaran sebanyak Rm15 seorang untuk 2 pusingan. Ada la dalam 2 ekor kuda yang Abe nampak. Yang Abe tak nampak, tak tahu lah.
Ketujuh, ada juga disediakan basikal untuk sewaan. Korang boleh kayuh basikal di dalam kawasan tu. Boleh kata luas juga lah dalam tu. Bayaran hanya Rm10 untuk 3 jam. Jika basikal ada 2 tempat duduk tu bayarannya Rm20 untuk 3 jam.
Lain-lain aktiviti, adalah naik sampan dan ATV. Yang ni Abe tak main lah. Sebab tak rasa nak cuba aktiviti ni kan. Hehe. Ada juga Abe bersembang dengan pengunjung di sini. Sebelah malam, diorang pergi naik Genting Highland. Ambik angin sejuk malam di sana. Best tu. Abe pulak tak terfikir nak naik Genting. So, next time kalau datang lagi, InsyaAllah kita naik Genting.
- Bab makan. Jangan risau. Dalam Sugeh resort ni pun ada kafe disediakan. Korang boleh call ataupun terus datang ke kafe untuk beli makanan. Harga pun berpatutan. Standard resort gais. Cuma menu terhad. Jika korang taknak makan di kafe resort pun tak apa. Korang boleh keluar dan carilah gerai-gerai atau restoran yang ada di tepi-tepi jalan tu. Berlambak gais. Ada yang restoran famous pun ada. Mostly di Janda Baik ni sup tulang lah yang famous. Yeke?.
- Bab bilik. Seronok sangat di Sugeh Resort ni sampai lupa cerita pasal bilik ya. Berketepatan dengan namanya ‘Sugeh’ yang bermaksud ‘kaya’ dalam bahasa banjar kalau tak silap Abe, ia memberikan feel mewah pada Abe dan Family. Dengan susun atur dan jenis perabotnya. Memang sangat-sangat eksklusif. Bilik lain Abe tak tahu. Tapi so far, dalam pemerhatian Abe, Sugeh Resort dibina bukan secara ala kadar. Bukan setakat ada sahaja. Malah, ia beri lebih pengalaman yang menarik pada Abe. Dari segi harga, bilik di Sugeh Resort ditawarkan harga serendah Rm100 satu malam hingga Rm2800 satu malam. Lihat pada jenis bilik atau rumah serta lokasi dalam Sugeh Resort tu. Kenapa last sekali baru Abe cerita pasal harga?. Look gais. Keseronokan di sini melebihi harga yang ditawarkan. Serius gais!. Sebab tu Abe lupa nak tulis pasal harga awal-awal review Abe ni.
So, kesimpulannya, jika ragu-ragu tentang tempat ini, Abe nasihatkan korang buang ragu-ragu tu dan datang ke Sugeh Resort ni untuk menikmati percutian korang bersama yang tersayang.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.