Thailand antara negara jiran yang sering menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Tidak memerlukan kos yang banyak untuk bercuti ke sana, pemandangan yang ada kat sana juga cantik dan menarik.
Paling best makanan sedap dan murah untuk dicuba. Satun dan Koh Lipe yang terletak di Barat Daya Thailand antara destinasi negara jiran yang sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Boleh sampai ke sana melalui jalan darat dan air, yang tinggal kat Langkawi juga lebih mudah rupanya untuk ke sana.
Pakya Bidin berkongsi percutiannya ke Satun dan Koh Lipe pada Januari yang lalu dengan menaiki feri dari Pulau Langkawi. Berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan dan juga melihat keindahan pulau di Koh Lipe, bajet yang digunakan untuk percutian dia dan isterinya hanya menelan belanja RM1300.
Seronok makan-makan dan jalan-jalan sambil menikmati percutian berdua, ikuti perkongsian Pakya Bidin:
Trip Langkawi – Pak bara (Satun @ Setoi) – Koh Lipe – Langkawi (14-17 January 2023)
Hari pertama:
-10.30 pagi check in dekat Jetty Kuah
-Naik Feri dari Kuah ke Tammalang Pier dekat Satun (1 jam setengah) (11.30 ferry jalan)
– 12 tengahari ( waktu tempatan) sampai di jeti
-1 tengahari lepas selesai beratoq di immi kami amik teksi dari pier ke Pakbara. Harga 1000 bath (RM145). Boleh jugak nak amik tuk tuk atau truck taxi. Kena tukaq 3 kali so decide amik taxi ja. (1jam)
-2.30 petang check in Marina inn Pakbara 900 bath 1 malam ( agoda). Chalet overall ok.. sangat recomended untuk short stay. Dekat dengan 7 Eleven dan masjid.
- Nava seafood (200 meter dari chalet)
– Teh Ais, Tomyam campur, nasi Pakapau & telor dadar (350 Bath). Sedap dan Portion besaq, boleh makan 3-4 org.
- Pasar Malam Pak Bara
– Hujung minggu sahaja tak silap. Sabtu dan Ahad ( peak hari ahad). Macam-macam ada juai makanan.
Hari kedua:
Bara Roti ( Breakfas) ( 50m dari chalet)
– sedap dan murah2 makanan dia. Menu pulut ayam nasi komok dan macam2 roti ada boleh pilih.
– 10.30 am Checkout dan amik motor taxi p Pak Bara Pier, harga 60 bath. Kalau nak jalan dalam 700m saja.
– Kos Speedboat untuk ke Koh Lipe lebih Kurang 550bath, 200bath untuk national park fee, dan jeti fee 20bath seorang.
-12 tengahari boat bertolak dari Pak Bara ke Koh Lipe ( dia berenti Tarutao 15 min n kena bayaq 10bath untuk fee)
-2 petang sampai Koh Lipe and check in dekat Z Touch Lipe Island Resort.
Papaya Mom walking street( Lunch) – Highly recomended
– Pulut Mangga n Ayam Bakaq sedap gila
Harga sini mahai sikit la tapi sedap, owner sama dengan Pakbara papaya mom.
Sri Lipe Halal Thai Food ( dinner) – makanan biasa biasa
– Makan Padthai ( manis) ngan Kue Teow Tomyam ( ceroi xkick)
– Harini banyak duduk duduk dekat pantai Pattaya beach sahaja. Orang putih kata Sun Bathing
Hari Ketiga:
– Breakfast dekat Hotel ( Not bad)
– Snorkeling depan hotel ( mask + life jacket 100b)
Lepak Depan Sita Beach Resort ( chilling)
Restaurant Staff sangat friendly- next time nak dok sini
– Snorkling depan Sita Beach ( Banyak gila Nemo , Parrot Fish ngan Kuda Laut- yang len xtau nama)
-Jalan ke Sunrise Beach ( overcrowded ngan taxi boat)
Papaya mom ( Lunch + dinner)
– Tomyam ngn somtam mangga paling kaw kat sini
Hari keempat:
-Breakfast kat Hotel
– Chill tepi pantai sampai pukul 1
– check in Ferry ke Langkawi 1.30
-2.30 cop kastam Thai
-3.00 bertolak p ke langkawi RM160/seorang sehala
Hangus semua skali RM1300 2 orang
Kredit: Pakya Bidin
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.