Solo Trip Ke Sri Lanka Selama 7 Hari, Puas Hati Dapat Explore Hidden Gem Di Sri Lanka. Semua Tempat Cantik & Bersih!

Sri Lanka destinasi percutian yang semakin mendapat tempat dihati pengembara dari Malaysia. Ia mungkin bukan negara yang menjadi pilihan orang ramai, namun banyak tempat menarik dan cantik yang boleh dilawati di Sri Lanka.

Sudah lama menyimpan hasrat untuk berkunjung ke Sri Lanka, akhirnya Nur Hidayah Jamaludin sampai jua ke negara tersebut. Pengembaraan secara solo selama tujuh hari itu cukup bermakna buat wanita ini. Antara tempat yang dilawati sepanjang solo tripnya adalah Colombo – Galle – Mirissa – Ella – Nuwara Eliya – Kandy – Sigiriya – Colombo.

Menurut Nur Hidayah, memang banyak permata tersembunyi yang ada di Sri Lanka, negaranya juga bersih dan cantik untuk diterokai. Berbaloi untuk ke sana, malah makanan halal juga senang untuk didapati.

Jom baca perkongsian wanita ini sambil enjoy gambar-gambar menarik yang sempat dirakam sepanjang pengembaraan solo ke Sri Lanka.

Solo Trip to Sri Lanka, 17 – 23 Feb 2023

Colombo – Galle – Mirissa – Ella – Nuwara Eliya – Kandy – Sigiriya – Colombo

Sebabkan last minute plan dan solo saya sewa kereta 5H4M dengan driver dari Absolute Lanka Tours PVT LTD cuma ada sekali naik train dari Ella ke Nuwara Eliya (turun di Nanu Oya Station)

Day 1 – tiba di Colombo jam 9.30 malam. Menaiki Uber ke rumah sahabat di Kiribathgoda, Colombo

Day 2 – mula perjalanan dengan driver, Tharanga. Ke Ahungalla Sea Turtle Conservation & Research Centre (USD15)…mahal gak tapi layan la tengok banyak turtle besar dan tua dari dekat dan dengar cerita dari staff di situ…Muzium Tsunami (free tapi boleh donate)…baru tau kisah keretapi merah yang dihentam dek tsunami pagi kejadian menyebabkan lebih 1,500 orang mati huhu…sampai di Galle, saya ke Galle Fort & Lighthouse…ada masjid besar lama berhampiran lighthouse dan juga Indian Hut untuk lunch…

Then gerak ke Mirissa…sempat berhenti di Habaraduwa tengok stilt fishing (LKR3,000) dan minum air King Coconut (kelapa warna oren)…tiba di Mirissa, kami ke Coconut Tree Hill yang cantik! Kena jalan mendaki sikit la tapi sangat berbaloi…lepas tu check in di N34 Mirissa Hotel (USD22)…semua hotel yang saya duduk kena bayar cash, takleh guna card…hotel harga agak murah tapi bersih dan spacious je…lewat petang jalan kaki ke Mirissa Beach layan sunset dan dinner…

Day 3 – gerak ke Ella melalui expressway (separuh perjalanan)…banyak peacock kat highway jadi takleh laju…dalam perjalanan singgah di Rawana’s Waterfall…then ke Kinellan Estate untuk factory visit, tengok cara pembuatan teh (LKR1,000)…best dan seronok dengar penerangan staff yang ada…masa ni dah muka hujan…kemudian ke Nine Arch Bridge, jambatan keretapi zaman British…lepas tu hujan takleh nakpi mana, check in di Ella Country House (USD20) yang viewnya mengadap Ella’s Rock. Sejukkk kat Ella masa ni…orang pi Ella ni biasa pi hiking Ella’s Rock atau Adam’s Peak. Tapi saya malas hahaha

Day 4 – naik train dari Ella ke Nanu Oya (LKR2,500 first class) orang kata tak lengkap ke Sri Lanka kalau tak naik train. Hehe jadi saya pilih route ni sebab katanta the most scenic route…pagi tu hujan lebat makanya kabus tebal, cantik! Sampai di Nanu Oya station, driver dah tunggu…pun hujan lagi…kami ke Nuwara Eliya, tanah tinggi di Sri Lanka. Sejuk!

Sebabkan hujan tak dapat ke Amberwela Dairy Farm yang ala-ala New Zealand tu…sempat ke Gregory Lake (LKR500) & old post office di Nuwara Eliya dan check in awal di Top Terrace Cottage (USD18) sebab hujan…sejukkkkk sangat malam tu.

Day 5 – cuaca cantik. Tinggalkan Nuwara Eliya menuju ke Kandy…singgah di Labookalie Tea Lounge & factory visit the largest & oldest tea plantation di Sri Lanka…boleh beli high quality tea di sini…singgah juga di Ramboda lookout point sebelum sampai di Kandy…

Di Kandy, saya ke Royal Botanical Garden berusia lebih 200 tahun (LKR2,000)…amik 3-seat buggy harga LKR1,000 untuk sejam. Murah! Best sangat rupanya bila driver, Uncle Ranjit, explain macam2 pokok unik dalam tu…paling istimewa dia tunjukkan pokok yang ditanam oleh PM pertama Malaysia pada tahun 1967 dan dari situ, saya dibawa ke kedai batik dan gems tapi tak beli apa pun. Then ke Kandy Lake & Queen’s Hotel untuk bergambar…pastu baru ke McLeod Inn (USD19) untuk check in…dan petang layan dance performance & ayurvedic massage…

Day 6 – ke Sigiriya untuk mendaki Sigiriya’s Rock (USD30)! salah satu UNESCO World Heritage Site. Kena daki 1,200 anak tangga…ada tangga tu curam dan tepi jurang. Syeram gak. Tapi berbaloi sejam mengah mendaki tu sebab view lawa sangat! Masa turun tu kaki gigil dan lepas tu kami kembali ke Colombo dan selesai trip dengan driver.

Day 7 – sightseeing di Colombo bersama sahabat, orang Sri Lanka…kami ke Independence Memorial Hall, Galle Face, Red Mosque, Lighthouse…sempat gak dibawa shopping pinggan mangkuk di Donkutuwa, souvenir di Laksala, balms di Spa Ceylon dan minyak kelapa dan teh di Keells…

Dan malamnya berangkat pulang ke Malaysia…

Alhamdulillah capai gak hasrat nak ke Sri Lanka yang banyak hidden gems, cantik dan bersih. Orangnya juga baik-baik dan helpful. So rasa selamat je di sana. Alhamdulillah. Oh ya KFC, Burger King dan Pizza Hut di sana Halal

Kredit: Nur Hidayah Jamaludin via BBM

LIBUR REWARDS is cominggg!!
Nak menang penginapan 2 hari 1 malam di The Face Style? Jawab soalan mudah di Posting Facebook Libur (Libur Rewards). 3 pemenang bertuah akan memenangi Staycation 2 Hari 1 Malam di The Face Style, Kuala Lumpur. Good Luck!
Soalannya : Deep Blue terletak di tingkat berapa?
Syarat mudah nak menang👇🏻
  • LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
  • Share video ni di wall korang (PUBLIC)
  • Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan!
  • 3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply