Bermula dengan ajakan rakan sekerja dan juga keluarga sebelah isteri, akhirnya Mohd Syafiq turut terjebak dan merasa seronok dengan aktiviti camping yang semakin popular dikalangan masyarakat Malaysia.
Kali pertama pacak khemah sekitar bulan Februari yang lalu di Pantai Pasir Panjang Segari, Perak dan kali ini memilih PD Mayangsari Campsite sebagai lokasi perkhemahan kedua kerana membaca banyak review menarik tentang campsite ini di grup Facebook Family Camping Malaysia (FCM).
Menurut Syafiq lagi, lokasi campsite yang dipilih untuk kedua-dua perkhemahan dia dan keluarganya merupakan pantai dan jelasnya sudah membuat tempahan untuk aktiviti ini di kawasan sungai pula selepas hari raya nanti.
Ikuti perkongsian yang dibuat oleh Syafiq tentang perkhemahan keluarganya di PD Mayangsari Campsite selama tiga hari dua malam itu.
Camping Kali Kedua Di PD Mayangsari Campsite
Camping kali kedua family kami kali ni bertempat di PD mayangsari campsite 3 hari 2 malam.. Alhamdulillah cuaca sangat baik ditiupi angin sepoi-sepoi pantai sepanjang kami berada di sini.. tak hujan dan time matahari pacak pun tent kami redup duduk bawah pokok ru merimbun.. waktu malam pula ditemani dengan nyanyian-nyanyian merdu karaoke dari restoran sebelah mujur tepat 12 malam dia cut-off haha..
Kemudahan campsite lengkap tandas bersih, ada surau, kiosk pun ada.. CO very friendly.. kalau malas masak boleh pi restoran sebelah atau food panda je hehe..
Kalau tengok gambar tapak kami tu agak luas sikit compare dengan tapak lain cuma tak dapat sea view.. Dekat sini jugak dapat jumpa idola blackdog bro sukri yang sporting.. Ok until next trip tepi sungai pula after raya nanti…
Kredit: Mohd Syafiq
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.