Puncak Fansipan yang juga dikenali sebagai ‘atap’ Indochina menjadi tarikan baru yang semakin popular di Vietnam. Mempunyai ketinggian mencecah angka 3,143 meter dari aras laut, puncak ini merupakan gunung tertinggi di wilayah Kemboja, Laos dan juga Vietnam.
Berada di wilayah Sapa yang kini semakin mendapat tempat dihati pelancong ke Vietnam, Sapa secara tidak langsung adalah wilayah tanah tinggi kerana berdekatan dengan hamparan Fansipan.
Baru sahaja turun dari Puncak Fansipan di Vietnam, Timothy Kessler berkongsi beberapa tip bagi yang mempunyai perancangan untuk sampai ke puncak tersebut. Jadi lebih senanglah untuk anda membuat persiapan sebaiknya sebelum tiba di sana. Semoga bermanfaat untuk semua.
Tips Untuk Naik Gunung Fansipan, Vietnam
Saya baru turun dari Fansipan. Sebelum datang ke Vietnam saya cuba research tentang Fansipan tapi macam macam info bercanggah dan mengelirukan. So saya nak bagitau pengalaman saya.
PERJALANAN
Ada tiga peringkat perjalanan
1) Naik monorail dari Sapa ke Station Cable Car (VND150k seorang pergi balik)
2) Cable Car ke Station Fansipan (VND800k seorang pergi balik)
3) Naik Funicular ke Fansipan Summit (VND150k seorang one way)
Ada yang kata tak yah ambik Funicular, naik tangga aje. Nasihat saya jangan jadi hero. Tingginya 600 steps (2.5 kali Batu Caves) dan udara dia nipis. Turun jalan kaki ok. Nampak ada ramai hero tadi duduk pegang kepala, baring kat lantai sebab penat.
CARA BELI TIKET
Boleh beli kat kaunter sana tapi kalau beli dari Klook ada diskaun sikit. Bila sampai sana tunjuk printout Klook untuk terima ticket.
CUACA
Jangan rasa kecewa kalau sebelum naik cuaca Sapa mendung dan kabus tebal. Masa saya nak naik kabus sangat tebal tapi bila dah naik cable car separuh jalan tiba tiba matahari terik sebab kita akan naik lebih tinggi dari awan.
MASA
Pergi seawal yang boleh. Mereka start pukul 8am sampai 4pm. Jangan plan aktiviti lain sebab tempat tu kena ambik masa untuk enjoy scenery. Sangat cantik dan nyaman. Saya spend lebih kurang 6 jam dari time naik di Sapa sampai turun balik.
PAKAIAN
Pakai jacket atau windbreaker. Suhu tadi lebih kurang 14 degree waktu tengahari. Matahari terik tapi angin sangat kuat dan sejuk.
MAKANAN
Bawak air dan makanan ringan. Atas ada kafe tapi harga berkali ganda mahal.
KEPADA PEROKOK
Sorry la. Takde tempat untuk hisap rokok. Mereka risau hutan terbakar so merokok dilarang sepanjang perjalanan.
Akhirnya saya nak bagitau. Saya tengok kat YouTube Mat Saleh kata naik cable car ini takut la, gayat la, panic dan sebagainya. Tapi cable car sini sangat besar dan canggih muat 20 orang. Angin kuat tadi pun tak goyang sangat. Smooth aje perjalanan. So jangan takut nak experience. Bagi saya naik cable car Genting lagi rasa takut dari yang ni.
Kredit: Timothy Kessler
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.