Terengganu sememangnya amat terkenal dengan daya tarikan pelancongan. Bermula dari Drawbridge (Jambatan Angkat Terengganu), negeri ini turut terkenal dengan makanan yang enak seperti nasi dagang, keropok lekor sehinggalah kepada makanan laut yang dicelup tepung.
Tidak hanya makanan, negeri ini turut terkenal dengan pantainya yang memutih mengadap Laut China Selatan sekaligus menambah lagi daya tarikan ke negeri ini.
Memandangkan musim tengkujuh sudah berlalu, bagi yang ada plan untuk ke Terengganu dan mencari ketenangan fikiran sambil melayan sunrise bolehlah singgah di Chalet As Salam di Pusat Rekreasi & Penginapan Mengabang Telong, chalet cukup cantik ini terletak 18 km dari Kuala Terengganu.
.
Paling best, bangun saja dari tidur boleh terus layan matahari terbit sambil menikmati deruan angin laut yang cukup mengasyikkan. Saat itu pastinya stress pun hilang menyaksikan panorama indah ciptaan Tuhan ini.
Bukan saja sunrise sebagai daya tarikan utama tapi di Chalet As Salam turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti padang untuk mengadakan pelbagai aktiviti. Nak camping boleh, nak buat family day pun ok selain BBQ port yang sudah tersedia kalau bercuti di chalet terletak betul-betul di tepi laut ini.
Menawarkan empat jenis penginapan iaitu bilik family (mempunyai dua katil iaitu Queen dan single), 1 katil king, 1 katil queen serta 1 katil single ditawarkan di sini, harga ditawarkan masih berbaloi untuk dinikmati.
Bukan itu saja, chalet ini turut menawarkan pakej bilik seminar, dewan makan serta bilik mesyuarat. Bagi yang nak menikmati ikan celup tepung Pok Nong, chalet ini terletak 3km dari lokasi penginapan ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.