Pertama Kali Berpuasa di Campsite, Cherry Chalet Jadi Pilihan. Setup Cantik Sesuai Lokasi, Tenang & Penuh Kehijauan

Bermula dengan aktiviti camping sekitar tempoh berkurung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik, kini aktiviti tersebut seakan menjadi rutin buat Mohd Firdaus Kamarud Din.

Lebih istimewa apabila kali pertama dalam hidupnya camping ketika bulan Ramadan secara solo. Jika kelaziman untuk setup khemah pada hari-hari biasa mengambil masa selama sejam, namun pada bulan Ramadan ia berlanjutan sehingga tiga jam.

 

Tapi itu semua tidak sedikitpun membuatkan Firdaus berasa kesal dengan pilihan untuk camping di Cherry Chalet yang terletak di Janda Baik, Pahang.

Memang niat asalnya untuk merasai sendiri pengalaman camping di bulan puasa, justeru juadah untuk berbuka dimasak sendiri. Lengkap dengan kuih donat untuk berbagi rezeki bersama camper lain, menurut Firdaus dia yang bermula dengan khemah biasa kini sudah menambah baik kepada khemah dengan tema khakis, malah susun aturnya juga bukan kaleng-kaleng, cukup teratur dan sedap mata memandang.

Berpeluang camping secara solo di Cherry Chalet, Janda baik selama tiga hari dua malam, Firdaus berkongsi tentang tapak perkhemahan pilihannya pada kali ini. melihat sahaja gambar yang dikongsikan buat hati juga rasa ingin punya kelengkapan perkhemahan persis jejaka ini.

Lokasi yang dipilih cukup menarik, dengan suasana yang cukup tenang dikelilingi pohon menghijau, di sini juga turut terdapat sungai kecil yang landai dan cetek. Nak tahu apa lagi menarik di Cherry Chalet, ikuti perkongsian Mohd Firdaus ini!

Solo camping di Cherry Chalet, Janda Baik. Pengalaman Pertama Berpuasa di Campsite

Alhamdulillah, selesai 3H 2M ( 7 – 9 Apr 2023 ) solo camping kali ni di Cherry Chalet Janda Baik . 1st pengalaman camping dibulan puasa

  • RM 30 × 1 malam ( atas rumput )
  • RM 50 × 1 malam ( ada flysheet & groundsheet )
  • Plugpoint
  • Sinki
  • Surau
  • Toilet ( 2L 2P )
  • Sungai kids friendly
  • Tak ada waktu check in & check out, bebas
  • Coverage – Digi & Celcom, 1 Bar
  • Abg Rizal 0179829381

Location strategic. Keluar sikit dalam 2-3km dari campsite, ada kedai makan, minimart, hardware. Kalau tak bawak barang basah pun tak pe kot, boleh je beli kat minimart. Jimat space kete

Akibat penangan racun geng-geng khakis dalam Family Camping Malaysia, habis semua barang-barang camping kena upgrade . Dari Base M Decathlon, berubah 360° ke Village L 2.1 Tan Payung.camp

Kalau jmpa kat mana-mana campsite nanti, tegur-tegur lah ye

Saya camper baru blaja,

– Daus –

Kredit: Mohd Firdaus Kamarud Din


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply