Vietnam mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati, dapat pula bawa keluarga untuk bercuti dan merasai pengalaman menaiki sleeper bus yang cukup terkenal di sana tentu satu pengalaman yang indah untuk dikenang.
Nurhidayah Hassan dan keluarganya menjejaki Hanoi, Sapa dan Halong Bay selama sembilan hari yang cukup indah. menikmati keindahan pemandangan di sana selain merasai pengalaman baru berada di negara Vietnam.
Banyak tempat-tempat menarik yang sempat dilawati, justeru Nurhidayah berkongsi itinerari sepanjang trip familynya ke sana. Ikuti perkongsiannya:
Vietnam trip 3-11 Mac 2023
HANOI – SAPA – HALONG BAY
Flight:Vietnam airline, KLIA-Hanoi with transit at HCM.
Itinerary kami:
Day 1:
KLIA-Hanoi, smpi dah mlm so dr airport terus naik grab ke hotel di Old Quarter (trang Trang Boutique Hotel)
Day 2:
Ronda2 jalan kaki sekitar old quarter
Hoan Kiem Lake
Lunch at Batavia Indonesian restaurant
Botanic Garden
Masjid Al Nur
Bertolak ke Sapa at 11pm menaiki Sleeper bus (cabin) Sao viet
Day 3
Arrive around 4-5am, naik free shuttle ke hotel (phuong Nam Hotel)
Cat Cat village
Sapa Lake
Jln2 sekitar bandar
Day 4
Ham Rong mountain
Mount Fansipan
Dinner at Cosiana (halal certified)
Day 5
Sapa to Hanoi with Sleeper bus
Dinner at Himalaya restaurant(halal certified) dkt masjid je
Day 6
Military museum
Lunch at batavia
Jalan2 old town n Hoan Kiem lake
Hidden Gem coffee
Day 7
Halong bay day tour
Day 8
Cho Dong Xuan market
Museum of vietnam literature
Temple of literature
Thang Long Water puppet
Hidden Gem coffee again
Day 9
Hanoi – KL
Iti kami tak pack. Sebab bawak anak2 so nak rilek2 je.
A few tips nak share
1.Naik vietnam airline jgn lupa request halal meal (dr KL dan ke KL xde masalah mmg halal, i asked) cuma dr HCM ke Hanoi n vice versa kena request. Make sure u all dpt confirmation email regarding ur request tu.
- Tiket Fansipan lagi murah di Klook n please check weather forecast. Kami naik mmg berkabus x nmpk apa. Sight mmg limited to a few meters. Buddha besar tu pun x nmpk. Tapi tetap best. Kami naik tu check forecast adala matahari sket. Tapi naik mmg kabus tebal. But dah smpi kami naik juga. View dlm train dr sapa ke Muong Hoa cable car station tetap cantik.
- Thang Long Water Puppet, kita boleh beli audio guide which we did. Harga x masuk dlm tiket kena beli asing
- Jgn tersilap antara museum of Literature dan Temple of literature mcm kami. Yg cantik dan merupakan vietnam 1st national University adalah Temple of literature
- Kalo yg bwk anak2 macam kami, bwk la mknn n snack byk sket. Sbb sana susah nk cari yg halal. Ada… Cuma agak susah dan mahal. Kami byk bwk ready to eat food. Kdg2 je mkn kt luar. Dan setiap kali mkn mmg akan lebih RM 100. Biasanya dkt2 RM 200. So kalo nk cut cost bwk lauk pauk n masak nasi sndiri.
- Banyak sgt2 pakej pelancongan dia area old quarter. Tinggal pilih ikut kehendak dan kesesuaian poket kita je.
Overall it was an amazing and exciting experience. The kids really enjoy taking the Sleeper bus. Vip cabin tu mmg selesa sgt2.
Kredit: Nurhidayah Hassan
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.