Lima hari meneroka Geelong, Sorento dan kembali ke Kota Melbourne, kami kemudiannya bertolak ke Philips Island dalam dingin pagi serendah 8 darjah Celcius. Tidak sabar untuk menempuh perjalanan yang pastinya dihidangkan dengan permandangan yang cantik.
Philip Island, satu lagi lokasi yang tidak boleh dilepaskan. Jika sudah pasang angan-angan mahu menyaksikan perarakan penguin terkecil di dunia, anda mesti masukkan Philips Island dalam senarai tempat yang bakal dikunjungi. Dua jam perjalanan dari kota Melbourne tidak akan terasa lama kerana dihidangkan dengan permandangan indah sepanjang jalan.
Dalam terjalanan kami singgah Caldermeade Dairy . Ladang lembu tenusu yang turut dilengkapi dengan kafe dan mini market yang menjual pelbagai hasil tenusu. Kami sempat dibawa melawat ke kawasan peliharaan lembu dengan menaiki ‘truck’ khas. Seketika kami menjadi cow girl masuk ke dalam kandang lembu.
Selain itu turut disediakan pelbagai aktiviti seperti memberi makan binatang peliharaan. Aktiviti ini memang sesuai bagi yang travel bersama anak-anak. Sempat juga mencuba susu coklat yang dijual dan memberi beberapa cenderahati untuk dibawa pulang.
PHILIP ISLAND
Philip Island, Pulau perlindungan terletak di pantai selatan Australia. Kami kemudiannya singgah makan tengahari di San Remo yang popular dengan burung pelican. Di sini anda boleh menyaksikan burung-burung ini menanti makanan yang disedia untuk disediakan. Jika membawa anak-anak, pasti ini antara tarikan yang bakal meninggalkan kenangan. Tidak sabar untuk menikmati keindahan dan pelbagai aktitivi di pulau ini termasuklah menyaksikan penguin, nobbies, anjing laut dan menyaksikan keindahan Philip Island dari udara.
PHILLIP ISLAND HELICOPTERS
Aktiviti yang dinanti-nanti tiba juga. Pengalaman pertama terbang dengan helicopter menyaksikan keindahan pulau ini sememangnya sangat-sangat mengujakan. Kalau ke sini jangan lepaskan peluang ya. Phillip Island Helicopters. menawarkan lapan waktu penerbangan dari lapan minit ke 42 minit dengan harga bermula dari AUD90.00.
Pengalaman pertama terbang menyaksikan keindahan pulau ini sesungguhnya satu pengalaman yang amat indah buat saya. Hairan juga kerana langsung tiada rasa ragu-ragu. Malah saya sangat menikmati keindahan pulau itu sementara pilot turut memberitahu beberapa lokasi terkenal dengan tarikan pelancong utama pelancong.
Selepas menikmati keindahan dari udara, kami singgah di Phillip Island Chocolate Factory. Kilang Coklat yang terkenal di pulau ini. Mempunyai lebih dari 190 jenis coklat pelbagai rasa, Visit Panny’s Amazing World of Chocolate juga mempunyai pameran informasi mengenai penghasilan koko . Kita juga dapat dapat menyaksikan bagaimana pembuatan coklat, anak-anak dapat mempelajari sejarah pembuatan coklat sambil bermain pelbagai permainan yang disediakan. Kalau dah sampai ke sini tak lengkaplah kalau tak mencuba hot chocolate yang dijual di kafenya. Sedap!
PHILIP ISLAND NATURE PARK
Kami kemudiannya ke Philip Island Nature park. Ini antara lokasi yang paling dinanti-nantikan apabila datang ke Phillip Island kerana di sini kita akan bertemu si comel yang menjadi haiwan utama dalam filem Happy Feet. Jika sudah sampai awal, nikmati dahulu keindahan dan nikmati pelbagai aktitiviti di pulau ini termasuklah menyaksikan nobbies, sementara menanti panguin pulang dari laut sekitar jam 8.00 malam, bersama keluarga melihat pameran multimedia dan boleh rasai pengalaman bermain dengan penguin atau singa laut secara ‘virtual’.
Penguin Parade’s adalah saat yang dinantikan. Kali kedua menyaksikan suasana ini, ia tetap rasa teruja. Mereka pulang ke sarang masing-masing. Seperti dalam filem happy feet, saya menyaksikan setiap kumpulan mempunyai ketua dan kumpulan terebut naik tanpa bercampur dengan kumpulan yang lain. Hebatnya ciptaan Allah.
Oh ya, ingin diingatkan, mengambil gambar adalah dilarang. Terhibur juga melihat ratusan orang yang hadir duduk di kerusi-kerusi yang disediakan Bagai sedang menyaksikan konsert. Malam semakin gelap, Kawasan itu kami tinggalkan sambil berjalan, mata tak lepas memandang belakang untuk melihat penguin terkecil di dunia dengan mempunyai bulu halus berwarna biru dan putih ini. Kami pulang ke penginapan dengan perasaan happy sangat.
TERPERSONA MENYAKSIKAN INVERLOACH GLAMPING
Keesokannya selepas sarapan dan check out, kami meneruskan perjalanan menuju ke Inverloac Glamping yang terletak dipekan kecil yang unik dan menarik Bernama Inverloach. Siapa yang suka camping dan bermalam dalam suasana nature pasti terpikat dengan Inverloch Glamping ini. Ketika tiba di Prom Country Lodge & Inverloch Glamping ini, saya benar-benar merasa teruja.
Terletak di Wilsons Prom, bakal memberikan pengalaman bermalam yang sukar dilupakan. Pastikan anda membawa baju yang tebal ya. Oh ya dari Kawasan ini boleh nampak laut yang indah. Sesekali bunyi ombak laut menerpa pendengaran. Bagi yang ingin mencari kelainan percutian ke Melbourne, jom try bermalam di sini.
SQUEAKY BEACH
Sempat juga kami singgah di Squeaky Beach yang bila kita jalan di atas kawasan akan mengeluarkan bunyi ‘quek quek’. Dan menyusuri Kawasan taman negara yang indah. Permandangan yang sangat indah. Sempat juga picnic di Tidal River dan membeli souvernir sebagai kenangan, Kawasan indah itu kami tinggalkan.
Melengkapkan perjalanan di sini, kami berangkat pulang sambil melalui Kawasan perkampungan dan ladang-ladang tenusu yang luas dan menghijau. Seketika kami singgah di bass coast trail, wonthagei Railway dan Wonthagi Wind Farm dan menikmati makan tengahari di Kilcunda.
Antara hidangan enak yang dihidangkan sepanjang percutian kami.
MAKAN GELATO DALAM SUASANA DINGIN DAN HUJAN GERIMIS
Bertolak pulang ke Melbourne kami singgah pula menikmati ais krim dan gelato di Kori Icekrim di Howthorn. Kafe gelato milik Joane Yeoh anak kelahiran Malaysia ni menyediakan pelbagai perisa yang menjadi kegemaran ramai. Joane Yeoh turut di senaraikan sebagai upcoming chef di bawah usia 30 tahun oleh Melbourne Food and Wine Festival. MFWF 2022. Kami sempat mencuba pelbagai jenis gelato dan aiskrim. Hujan gerimis dan udara sejuk tidak dihiraukan kerana gelato yang mendapat inspirasi dari manisan Jepun ini benar-benar enak.
Selesai menikmati aiskrim dan gelato kami pulang ke hotel penginapan. Malam terakhir di Melbourne dalam hujan gerimis, kami menikmati sepenuhnya pemandangan malam. Berlari membeli cenderahati sebelum kedai tutup. Menghabiskan wang kecil dengan membeli coklat dan menikmati malam malam citarasa thai. Kunjungan ke Australia khususnya Melbourne bukan sekadar melihat kangaroo, malah jauh dari itu. Secara peribadi jika punya peluang, saya mahu Kembali lagi untuk kali ke-3. Destinasi menarik untuk dikunjungi.
Terima Kasih AirAsia X yang menyediakan penerbangan selesa dan Visit Victoria yang menyediakan iternary yang sangat menarik. Untuk anda yang ingin terbang ke Melbourne, kini AirAsia X menyediakan penerbangan setiap hari. Pilih sahaja hari yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan yang pasti anda bakal menikmati percutian yang penuh kenangan.
Tempat-tempat menarik lain untuk dikunjungi di Kota Melbourne. Untuk dapatkan lebih maklumat, layari https://www.visitmelbourne.com/
Tempat-tempat menarik lain untuk dikunjungi:
- Brighton Beach
- China Town
- Luna Park, Melbourne
- Queen Victoria Market
- Eureka Tower
- Puffing Billy Railway
- Flagstaff Garden
- National Gallery of Victoria
- Royal Botanic Garden Victoria
- Yarra Valley
- Melbourne Zoo
- Sea Life Melbourne Aquarium
- Sunny Ridge Strawberry Farm
- Albert Park, Melbourne
#airasiax #visitmelbourne #visitvictoria
Catatan Ida Abd Aziz
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.