Penuh Warna-warni, Great & Grand Sweet Destination, Thailand Taman Tema Idaman Semua.  Aiskrim & Candy Di Mana-mana!

Tarikan terbaru yang terletak di Pattaya Thailand ini dikenali sebagai Great & Grand Sweet Destination. Merupakan Kafe Ais Krim Terbesar di Dunia dan Satu-satunya taman tema Candyland di dunia.

Kalau sampai ke sini memang seronok, bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga mempunyai aktiviti-aktiviti menarik untuk diterokai. Pastikan masukkan dalam itinerari anda jika berkunjung ke Pattaya, Thailand, paling best kat sini anda boleh cuba segala jenis aiskrim dan desert yang ada di jual di sini.

Berada di sini, pasti anda akan berasa seperti dalam filem fantasi Willy Wonca & The Chocolate Factory. Setiap sudut boleh bergambar dan merakam kenangan.Memang cantik dan cukup mengujakan.

Terdapat tiga zone yang boleh anda terokai bila berkunjung ke sini:

  • Ice Cream Zone – Aiskrim terenak di Pattaya, mereka ada 36 perisa untuk anda cuba!
  • Milk Bar Zone – Nikmati cake dan minuman kat sini.
  • Photo Zone – Taman tema dipernuhi dengan dessert yang berwarna-warni

Harga tiket:

Kanak-kanak 100cm ke bawah masuk percuma

Kanak-kanak (tinggi 101-135cm) TB66

Dewasa (Isnin-Jumaat) TB99

Dewasa (Sabtu, Ahad & Cuti Umum) TB120

Waktu Operasi

Isnin-Jumaat

8.30am – 6.00pm

Sabtu & Ahad

8.30pm – 7.00pm

Alamat: Great&Grand Sweet Destination

73/12 Moo.3 Nongplalai, Banglamung, Chonburi 20150 Pattaya, Chon Buri, Thailand

FB: Great & Grand Sweet Destination

Tanpa berlengah, jom tengok video ni sampai habis, dan korang berpeluang menang percutian 2 Hari 1 Malam di Mardhiyyah Hotel & Suites. Tapi kena jawab soalan dulu ok?
Soalan:
Namakan Restoran & Cafe yang ada di Mardhiyyah Hotel & Suites?
Syarat mudah nak menang👇🏻
 LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
 Share video ni di wall korang (PUBLIC)
 Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan! (komen di sini)
 3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?

Posted

in

by

Comments

Leave a Reply