Kalau anda ada berniat nak bercuti ke Thailand bersama keluarga tersayang, boleh lah cuba masuk dengan kereta pula.
Ini mungkin mengambil kira pelbagai faktor selain lebih selesa, ada yang merasakan jimat kos, sudah tahu selok belok bahkan ada juga disebabkan rasa teruja untuk merasai pengalaman baru merentas negara dengan menggunakan jalan darat bersama seisi keluarga.
Cara Bercuti Ke Thailand Dengan Kereta, Ibu Ini Kongsikan Itinerari Dan Kos
Berkongsi pengalaman manis mengenai rentas negara menggunakan kenderaan sendiri, seorang ibu ini berkongsi kisahnya di facebook berkenaan percutian mereka empat beranak selama 14 hari di Thailand. Bahkan menyifatkan percutian kali ini begitu menarik dan bermakna buat mereka sekeluarga!
Menurutnya, trip percutian menaiki kereta ini bermula dari Kuantan- Changlun- Wang Kelian- Nakhon Si Thammarat – Hua Hin- Kanchanaburi -Khao Yai – Bangkok – Hua Hin- Hatyai- Bukit Kayu Hitam dan berakhir di Kuantan juga.
“Kami pilih untuk masuk melalui border Wang Kelian sebab sana kurang sesak berbanding border2 lain. (Wajib try pulut ayam di border wang kelian)
“Ramai yang tanya. Ok ke drive kat Thailand? (Ni kali ke dua kami drive. Kali pertama ke Krabi tahun 2017). Jawapannya sangat-sangat ok sebab majority driver Thailand sangat-sangat la berhemah, suka beralah berbanding driver Malaysia. Payah nak jumpa driver sana yang nano-nano , yang suka cucuk-cucuk rapat, suka pancung himpit-himpit, suka hon ni MEMANG PAYAH NAK JUMPA.
“Walaupun ada yang keluar simpang sesuka hati, masuk jalan orang suka hati, uturn suka hati, driver diorang takkan hon ke , gi kejar nak maki ke , tak ada, yang diorang buat, diorang brek dan bagi laluan. Sangat tenang ya drive di sana. Kita pun auto jadi berhemah bila drive kat sana. 2 minggu kat sana sekali je kitaorang dengar bunyi hon kereta. Jadi jawapannya jangan risau nak drive kat Thailand. Sangat selamat.”
Kos-kos untuk 14 hari di bumi Thailand
Kos Insuran :
Basic insuran untuk kereta untuk 2 minggu hanya Rm 30 tapi kami ambil extra insuran Rm 130. Total untuk insuran kereta + dokumen2 upah agent isi untuk masuk ke Thailand (kami guna Ghanimi Agency) untuk 4 dewasa 2 budak = Rm 177.
Personal travel insuran:
Kami ambil Etiqa 360. Buat online je.
Kos insuran:
2 dewasa 2 budak (family pakej): Rm 208
2 dewasa : Rm 120
Total : Rm 328
Wajib juga buat personal travel insuran ni ya sebab kita tak tahu apa akan jadi, jadi baik sediakan payung sebelum hujan.
Kos minyak/petrol:
Kuantan-Gurun (711km): Rm 100
Thailand ( 3000km) : Rm 1200
Bukit Kayu Hitam – Kuantan (850km): Rm 120
Total Minyak (4561km): Rm 1400
Tol : lupa nak kira
Harga minyak di Thailand adalah double dari harga minyak di Malaysia. Jadi kena isi full sebelum masuk ke Thailand. Kami suka isi minyak di stesen PTT di Thailand sebab ada seven eleven dan juga ada surau , tandas yang agak selesa.
Kos Hotel:
Yang ini saya tak share kos ya sb kos hotel ni bergantung pada bajet dan keselesaan. Jika sekadar untuk tidur sebelum sambung perjalanan, boleh dapat Rm 70 utk twin room dan Rm 120-140 Family room. Contoh trip 12 malam, bajet 1 malam +- Rm 200. Jadi korang Boleh buat bajet untuk hotel Rm 2400 untuk satu2 trip 12 malam.
Makanan Halal:
Untuk cari makanan halal di Thailand ni tidak susah. Hanya perlu search “ halal food near me” nanti banyak la keluar kedai-kedai makanan halal. Untuk kami, sekiranya lokasi makanan halal berdekatan, kami akan pergi, jika jauh kami akan beli makanan di 7 eleven sahaja. Paling senang nak cari kedai makanan halal adalah di Bangkok & Hatyai. Di Bangkok kami suka pergi Ramkhamhaeng Night Market, buka setiap hari kecuali Rabu. Makanan halal sangat banyak dijual di sana dan murah.
Tempat Makan Menarik di Hatyai yang sempat kami pergi :
Nomjeen Na – Famous Laksa Lemak Thailand
Chabura Dimsum
Ayuthayya Halal Noodle
Kos untuk makanan Halal di 7eleven:
Rm 1200+-
Kos untuk makan di kedai-kedai makan/pasar malam /Cafe2: Rm 1700 +-
Safari Kanchanaburi Park + Giraffe Encounter:
5 Dewasa x Rm 207 = Rm 1035
1 Budak x Rm 180 = Rm 180
Beli makanan untuk giraffe : Rm 26
Total : Rm 1241
Kos-Kos lain:
Simcard : Beli Esim kat shopee Rm 27×4 : Rm 108
Grab & tuktuk di Bangkok : Rm 150
(Di bangkok kami banyak naik grab untuk ke tempat yang susah nak parking)
Toll : Rm 30 (hanya ada di bandar Bangkok)
Parking : Rm 50
Sewa Elektrik Car di Trot Cafe Khao Yai: Rm 195
Sewa Baju di Wat Arun 3 pasang = Rm 65
Entrance Fee:
- Chan Nature Cafe : (Dewasa Rm 13 Kanak2 5 = Rm 62
- Blossom Bloom : (Dewasa Rm 6.50 ) = Rm 26
- Hokkaido Flower Park : (Dewasa Rm 13)= Rm 39
- Primo Piazza : (Dewasa Rm 26 -Kanak2 Rm 13) = Rm 117
- Chocolate Ville : (Dewasa Rm 13 Kanak2 Rm 6.50) = Rm 65
- Wat Arun: (Dewasa Rm 13) = Rm 39
- Memory House Cafe : (Dewasa Rm 6.50) = Rm 26
Hah, selepas ini kalau ada yang rasa nak masuk ke Thailand guna kereta, boleh lah ikut tip dan sediakan kos seperti di atas. Bawa lebih lagi pun, selamat!
Sumber: Keluarga
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.