Jika datang ke Sabak Bernam, jangan lupa untuk mencuba beberapa restoran serta warung yang menyajikan pelbagai menu menarik di sana.
Di sini terkenal dengan persekitaran semula jadi dan kaya dengan warisan pertanian atau agro pelancongan.
Haaa.. sambil menikmati panorama hijau di Sabak Bernam, anda boleh lah singgah di enam lokasi pilihan menarik ini.
1. Ah Ma House
Ah Ma House, juga dikenali sebagai ‘rumah nenek’ iaitu kedai yang terletak di pinggir Sekinchan. Menawarkan suasana unik penuh nostalgia untuk pengunjung.
Dipenuhi dengan perabot serta peralatan vintaj dan tradisional yang merupakan artifak sebenar sejak tahun 50-an.
Kedai ini menawarkan kuih kapit asli bersama dengan kuih tradisional Malaysia yang lain, biskut dan pencuci mulut
2. Restoran Nam Tai, Sungai Besar
Sabak Bernam menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa untuk dicuba selepas seharian bersiar-siar.
Restoran Nam Tai merupakan kopitiam legenda yang telah beroperasi selama beberapa dekad.
Ia menyajikan sarapan pagi seperti roti goreng, nasi lemak dan banyak lagi.
Dengan estetika kopitiam Malaysia di zaman 50-an, tempat ini perlu dikunjungi!
3. Warung Pisang Goreng Tebuk Pulai, Sungai Besar
Warung ini menyajikan pelbagai kuih tradisional dan snek untuk anda rasai pengalaman budaya tempatan.
Antara makanan terkenal yang dijual termasuk pisang goreng, kuih kemboja, dan hidangan istimewa Jawa, punten nasi sambal bilis.
4. Yu Yu Ice, Pekan Sabak Bernam
Jangan lupa singgah ke Yu Yu Ice untuk menghilangkan dahaga dengan menikmati pilihan ais kisar halus dengan pelbagai perisa!
Terletak di Pekan Sabak Bernam, gerai ini beroperasi lebih sedekad dan anda boleh memilih perisa seperti nenas, asam boi, jagung dan kacang merah untuk menyejukkan badan pada hari yang panas.
5. Villa Chee Sekinchan
Ia merupakan sebuah resort terpencil yang terletak di tengah-tengah sawah padi yang indah.
Para tetamu juga boleh menggunakan kemudahan resort, seperti kolam renang, jungle gym, dan restoran di lokasi ini iaitu Seafood D’Bendang yang menyajikan makanan laut segar.
6. Galeri Padi Sekinchan
Lokasi ini memberi peluang untuk anda mempelajari sejarah dan budaya pertanian padi di bandar ini.
Di penghujung lawatan, pengunjung boleh membeli beras dan snek tempatan di kedai mereka.
Paling menarik, para pengunjung juga wajib mencuba cendol beras perang mereka yang menyegarkan.
Jadi, kalau dah sampai Selangor, jangan lupa hala ke Sabar Bernam ya! Tempat terbaik untuk merawat emosi dengen kehijaun padi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.