Agak menarik melihat pengalaman seorang wanita, tramping ke Pulau Jeju bersama sahabatnya, bermula dari tempah tiket, tempat best dan makanan yang dia ambil sepanjang berada di sana.
Kalau anda nak merasa juga boleh lah baca pengalaman yang dikongsi oleh Puan Nor Fatin Kamarudin ini dulu.
Wanita Ini Kongsi Pengalaman Tramping Ke Pulau Jeju, ‘Hangus’ RM4k Untuk 3 Minggu
Hanya nak cerita my journey Tramping (long distance walk) dekat Jeju Island early October last year 2022.
Jeju Olle Trail ialah laluan pejalan kaki untuk keliling Pulau Jeju ( long distance footpath) sejauh 425km dgn 26 course.
Mungkin nak habiskan makan masa sebulan atau lebih sikit. Saya buat 3 minggu sahaja mampu (1st week solo. Bermula hari ke 8, 2 orang kawan dari Malaysia join tramping).
Saya ambil dari course 18 sampai course 6 only follow blue trail. Ohh, dekat trail nanti anda akan perasan ada ribbon oren dan biru. So for my course trail, follow blue. Sebab saya buat course 18 ke atas, pusing ke bawah course 6.
Saya buat researcher, this route memang view cantik campsite pun banyak. Dan tarikan lain semua tertumpu dekat sini. Distance every day jalan kaki 15km – 20km. Memang tak rasa dah kaki nya nak hujung-hujung trail. Dengan badan bahu sakit pikul beban.
Masa buat tramping ini early autumn, awal october. Jadi cuaca kejap panas kejap hujan renyai. Tapi malam memang sejuk! Nak solat pun ketar-ketar. Cuaca dekat Jeju ni berubah-ubah, angin pun kuat gila. Jadi anda prepare lah baju hujan, thermal clothes untuk malam.
Setiap kali start new trail, akan ada info check point apa anda akan lalu dan berapa jauh. Jadi boleh snap dan tengok untuk guidelines.
Sepanjang perjalanan tu, kadang jumpa orang. Kadang tak jumpa, bila tak jumpa tu macam sasau kejap. Tetapi bila jumpa orang macam lega sikit.
Memang ramai yang buat jalan kaki dekat jeju, jadi jangan risau anda tak akan sesat. Boleh guna maps. Ahjussi ahjumma pon ramai. Biasanya diaorang sehari 1 course kemudian balik hostel.
Tetapi saya buat trampingn jadi kena cari campsite or tempat yang boleh pacak khemah. Jadi dalam bag pack semua kena ada stove, khemah, sleeping bag dan sebaginya. Hampir 15kg juga kena pikul. Dah laa pendek, lepas itu berat badan baru 39kg.
Untuk campsite anda jangan risau. Semuanya FREE. Jimat duit! Setakat ini Jeju campsite memang terbaik. Fasiliti semua terbaik dan bersih sangt.
Tandas lelaki perempuan, ada tempat nak cuci pinggan mangkuk. Ada campsite yang sediakan untuk caravan punya tempat.
Anda boleh juga sewa caravan untuk pusing Jeju. But I’m not sure how. Maybe boleh google untuk dapatkan info.
Untuk charge phone dan kamera, saya charge dalam toilet. Tinggal sejam dua tak ada siapa pun nak usik. Macam mana mandi? Lap-lap badan dah laa. 3 hari tak mandi baru lah kita cari hostel untuk tidur rehat bersihkan diri 1 malam.
Ohh ya, dekat Jeju ada juga course path untuk cycling. Ramai yang berbasikal kemudian camping.
Setiap course boleh kumpul stamp. Jadi kalau anda berbasikal mungkin seminggu dah settle. Kadang laluan berbasikal dan footpath berbeza.
Bab makan pula, since bawa stove kita masak lah. Nasi beli sahaja dekat convenient store dan panaskan terus.
Bawa serunding, sambal hitam, kari ayam, daging masak hitam. Makanan yang dah siap pack dan perlu panaskan sahaja. Senang dan mudah. Kalau dah muak baru makan kedai.
Makanan HALAL agak susah sikit sepanjang olle trail, mostly yang HALAL dekat jeju city. Biasa saya cari kedai yang memang vegan or seafood only.
Itu sahaja nak cerita. Total cost all in semua RM4k termasuk flight, penginapan untuk 3 minggu. Flight ambil scoot transit Singapore. Jimat sebab campsite free. Duit banyak habis beli jajan sahaja, ya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.