Tiap kali melihat air biru di Semporna, Sabah, memang rasa nak sangat sampai ke sana. Rasa dipanggil-panggil untuk bercuti melepaskan penat lelah melakukan rutin harian, walau jauh tetapi masih dalam senarai tempat bercuti paling syok!
Dikatakan kecantikan setiap pulau yang terdapat di Semporna ini sungguh menakjubkan setanding destinasi percutian pantai di luar negara yang sering kita lihat di kaca televisyen.
Andai kata anda ingin merancang untuk ke sana, boleh lah ikuti perkongsian itinerari lengkap percutian selama lima hari empat malam berserta banyak tips yang dikongsikan oleh Nur Aliah Mohd Nor ini untuk dijadikan panduan.
“Wow! Kali ini Lia bercuti betul-betul rasa macam Private Trip! Korang kena pergi bercuti di Semporna Sabah sekarang sementara tengah tak ada pelancong luar ni!
“Bayangkan Lia pergi pulau-pulau di Semporna, tak ada orang pon. Macam pulau itu pulau kita pula! Bestkan?
“Ramai tanya Lia berapa kos Lia ke sana, pulau mana Lia pergi dan ada yang request nak tahu itenerari Lia sepanjang di Semporna.
“Sesiapa yang bercadang nak ke Semporna Sabah, boleh la parking di posting Lia ini ya. Semoga sedikit sebanyak membantu korang yang nak bercuti di sana.
“Ni Lia kongsi dulu itinerari 5 hari 4 malam Lia sepanjang di Semporna Sabah,” tulisnya di ruangan kapsyen berkongsi info di media sosial.
#DAY1
– Tiba di Airport Tawau
– Lunch di Restoran Maskur, Balung Tawau
– Gerak ke Jeti Umum Semporna
– Lato Lato Mun Resort
#DAY2
– Hiking di Bohey Dulang Island
– Lunch di jeti Bohey Dulang
– Mantabuan Island
– Sibuan Island (sandbank)
– aktiviti barbeque seafood.
#DAY3
– Timba Timba Island (sandbank)
– Mataking Island
– Lunch style buffet bertemakan Hello Kitty
– Mataking Small Island
– Pom-Pom Island
– Balik semula ke Lato-Lato Mun Island
– Pekan Semporna
– Dinner di Anjung Seafood Restaurant
– Check in di Scuba Tiger Resort
#DAY4
– Bukit Tengkorak di Semporna
– Lunch di Wang Wang Soto House Pekan Semporna
– Dragon Inn Floating Resort
– Starbucks Semporna view laut biru
– Dinner di Restoran Warisan, di atas Samudera Kg Tampi-Tampi Asli.
#DAY5 | 21/2/2020
– Checkout dari Scuba Tiger Resort
– Bergambar di White House
– Pakalangan Bay
– Singgah beli ikan bilis
– Ke Airport Tawau
Tip Tambahan Bercuti Di Pulau Semporna :
1 . Bawa beg backpack. Tidak di galakkan membawa beg tarik ya. Sebab kita akan naik bot nanti.
2 . Apabila sampai di Airport Sabah, kita kena simpan resit pas lawatan yang imegresen bagi. Sebab bila nak balik nanti kena tunjukkan semula resit tersebut kepada mereka.
3 . Standby apa-apa makanan tambahan, minuman 3 in 1, ubat-ubatan atau apa-apa sahaja keperluan. Sebab nanti di pulau memang tak ada langsung kedai runcit, klinik dan sebagainya. Jadi kita kena standby siap-siap sebelum naik bot.
4 . Dekat resort di Semporna ini, elektrik dia akan buka dari jam 6 petang – 6 pagi sebab tenaga elektrik dekat sini menggunakan generator.
5 . Di sarankan kalau nak caj powerbank, caj hp, caj bateri camera, nak seterika tudung, gunalah pada waktu di antara 6 petang – 6 pagi sahaja.
6 . Perempuan disarankan untuk bawa pakaian yang tidak perlu di gosok, daripada tudung sampai la ke baju, cari yang boleh terus sarung.
7 . Untuk makan di resort ini ada 4 kali sehari iaitu breakfast, lunch, hi tea dan dinner. Cadangan datang ke ruang legar makan pada waktu yang tepat. Contoh hi tea jam 4 petang, datang ke ruang legar makan jam 4 petang. Kalau datang lambat sikit je nanti makanan habis.
8 . Siapa yang suka baca buku, boleh la bawa 1 buku atau iPad untuk di baca sambil dengarkan tiupan angin dan menikmati pemandangan lautan biru di beranda Lato Lato Mun Resort.
9 . Bila kita nak hiking dan lepas itu nak snorkling pula, sebaik-baiknya terus pakai kasut, dan bawa selipar letak dalam plastik bila waktu nak mandi manda nanti.
10 . Untuk mineral water botmen sentiasa ada sediakan.
11 . Setiap pulau yang kita lawati ini ada pos kawalan keselamatan, contoh askar, polis dan Pihak Berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM). Jadi dari segi keselamatan kita dah tak perlu risau sebab ianya terjamin selamat.
12 . Untuk aktiviti hiking, kena pakai kasut sukan, sebabnya kalau tak pakai mereka akan kenakan caj RM5 untuk kita sarungkan kasut but mereka. Bawa juga mineral water, kalau tengah hiking dan rasa letih tu, boleh relax dulu untuk minum air.
13 . Kalau nak snorkling better pakai pakaian mandi yang bersesuaian dan menutup aurat. Boleh cari je pakaian swimming suit muslimah dalam mall, ada banyak jual.
14 . Wajib bawa set camera yang boleh bawa masuk dalam laut.
15 . Kalau nak gambar lain dari lain, pastikan bawa drone sekali. Sebabnya view dari atas memang cantik sangat!
16 . Di resort Scuba Tiger Resort tak di sediakan cerek elektrik (electric jug kettle). Jadi sediakan siap-siap mineral water.
17 . Kalau naik Bukit Tengkorak, better pakai baju warna putih, kalau ambil gambar memang cantik. Dan kalau dapat bawa drone juga lagi terbaik. Lia yakin view dari atas lagi super duper cantik!
18 . Bagi korang yang nak membeli barangan cenderamata ke, baju ke , boleh la cari di Dragon Inn Floating Resort. Harga pun tak la mahal sangat.
19 . Kalau pergi makan di Restoran Warisan, pastikan order goreng pisang cheese dia. Memang sedap! Lagi lagi kalau dapat makan waktu panas-panas ni.
Jadi begitulah.
Semoga perkongsian wanita ini menjadi panduan kepada korang yang nak bercuti di Semporna, Sabah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.