Memandu pada waktu malam memerlukan perhatian yang ekstra kerana dalam kondisi semula jadinya cahaya agak terhad serta keadaan jalan mungkin agak berbeza pada persepsi.
Untuk pemanduan lebih selamat, RODA PANAS kongsikan beberapa tip penting yang perlu diberi fokus apabila memandu pada waktu malam:
- Periksa Sistem Lampu Kenderaan
Pastikan lampu hadapan, lampu belakang, lampu isyarat, dan lampu brek berfungsi dengan baik. Pastikan lampu kabus dan lampu nyalaan siang juga bersih untuk memberikan cahaya yang terang ketika melalui jalan yang berkabus dengan jarak penglihatan yang terhad..
- Bersihkan Komponen Cermin dan Kaca Yang Menghalang Pandangan
Memandu dengan keadaan kereta yang kotor dan kadar pantulan cahaya yang rendah amat merisikokan keselamatan anda dan pengguna lain. Pastikan cermin dan kaca kereta bersih daripada debu dan kesan cap kaki untuk mengelakkan pantulan cahaya yang mengganggu pandangan.
- Gunakan Cahaya Kenderaan Dengan Betul
Tetapkan cahaya kenderaan pada tahap yang sesuai dan elakkan memandu dengan cahaya tinggi apabila berhadapan dengan kenderaan lain kerana ianya boleh mengganggu pemandu lain.
- Jarak Pandang dan Fokus Di Jalan Raya
Kurangkan kelajuan dan berikan jarak pandang yang mencukupi di antara anda dengan kenderaan di hadapan. Berikan perhatian lebih terhadap jalan raya, tanda arah serta keadaan trafik.
- Ambil Rehat Yang Cukup
Pastikan anda bertenaga dan tidak mengantuk ketika memandu malam. Jika perlu, berhenti untuk berehat dan elakkan memandu dalam keadaan mengantuk.
- Pantau Keadaan Jalan
Serta-merta elak kawasan yang gelap atau berhampiran kawasan kampung yang mempunyai banyak papan tanda haiwan liar yang mungkin melintasi jalan. Jika tiada pilihan, hati-hati melalui kawasan tersebut dan rancang perjalanan anda dengan selamat.
- Sentiasa Bersiap Sedia
Sediakan peralatan kecemasan seperti lampu suluh, tayar tambahan dan kit pertolongan kecemasan dalam kenderaan sebagai persediaan jika berlaku kecemasan kerana malang datang tidak dijangka.
Memandu pada waktu malam memerlukan tahap kepekaan yang lebih tinggi. Dengan mematuhi tip ini, ia dapat membantu meningkatkan keselamatan anda dan orang lain di jalan raya. Selamat memandu!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.