Gelombang Adrenalin  Kejohanan Motocross Malaysia 2023 Pusingan Akhir Kian Terasa

Kejohanan Motocross Malaysia 2023 dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 17 Disember 2023 di Litar Motocross Medini, Gateway, Lebuh Medini Utama, Johor Bahru, Johor.

Ia merupakan perlumbaan yang bakal menjadi acara penutup yang cukup bermakna bagi Kejohanan Motocross Malaysia (MMC) sepanjang musim ini.

Dalam perlumbaan akhir ini, tujuh kategori yang menampilkan bakat peserta dalam kalangan kanak-kanak hingga dewasa. Fokus utama tertumpu pada kategori utama, MX2, di mana pemenang akan diiktiraf sebagai Juara Motocross Malaysia 2023.

Kategori MX2 Open menjanjikan saingan yang sengit di antara pelumba Malaysia, Indonesia, dan Thailand, menyajikan debaran yang hebat kepada penonton sambil memperkukuh hubungan dua hala dalam konteks sukan, pelancongan, dan warisan budaya.

Pelbagai kategori dipertandingkan untuk memenuhi cita rasa peminat, termasuk Novice, MX125, MX85, MX65, MX50, dan MX Senior 40, di mana setiap peserta berusaha untuk memukau penyokong dengan persembahan luar biasa.

Kehadiran pelumba antarabangsa menambah dimensi persaingan yang mencabar, membentuk platform unik untuk pertukaran pengalaman dan kemahiran.

Pengerusi Kelab TQMX dan penganjur MMC, Nizam Mohd Noor menekankan bahawa perlumbaan akhir ini bukan sekadar merapatkan hubungan diplomatik antara negara, tetapi juga berperanan sebagai pemacu semangat bagi para pelumba melangkah ke arena antarabangsa.

Beliau turut menyatakan bahawa program ini berpotensi memberikan sumbangan positif kepada ekonomi negara, khususnya dalam sektor pelancongan dan industri makanan-minuman.

Dengan kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara, termasuk keluarga yang bercuti semasa cuti persekolahan, kejohanan ini diharapkan dapat menjadi acara sukan dan hiburan yang memberikan impak ekonomi yang berterusan.

“Perlumbaan ini bukan hanya tentang mencari juara, tetapi juga membentuk destinasi yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Perlumbaan selama dua hari ini merupakan kemuncak untuk musim kali ini. Siapakah yang bakal di nobatkan sebagai juara? Kita jumpa di sana!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

 

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply