Tak Kedekut Dengan Haiwan! Asbab Rita Rudaini Berjaya Asuh Anak Celik Dunia Akhirat

Umum sedia maklum, aktres cantik Rita Rudaini yang masih ligat berlakon dan juga merupakan ibu kepada Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna merupakan antara figura yang begitu cekal membesarkan anak-anak tanpa sosok suami di sisi hingga dikagumi ramai.

10 tahun bergelar ibu tunggal, berkat didikan Rita, anak-anaknya dilihat berjaya dalam bidang akademik sekaligus hal-hal berkaitan didikan agama. Malah, Rita tidak menjadikan perceraian penghalang untuknya meneruskan kehidupan bersama anak-anak tersayang.

Kucing Haiwan Pembawa Rezeki!

Terdahulu, Rita berkongsi suatu perkara positif di laman sosialnya iaitu mengenai kucing yang menjadi asbab kepada rezeki yang datang dalam hidup kita.

Jelasnya, dia mendidik anak-anaknya agar sentiasa memberikan makanan dan air buat kucing setiap hari sebelum ke sekolah agar mereka memahami erti berkongsi rezeki.

Setiap hari sebelum pergi sekolah, mesti singgah bagi makanan dan air pada kucing….

Didik Anak-Anak Kongsi Rezeki Sesama Makhluk..

Pernah tak ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah kita? Kadang-kadang pergi buang tapi datang balik.. Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Tuhan. Allah SWT nak menegur kita bahawa jika kita menolak kehadirannya, seolah-olah kita menolak rezeki yang melimpah-ruah telah diperuntukkan Allah SWT untuk kita.

Kucing itu hanya menjadi asbab kepada terjemputnya segala rezeki ini dengan keikhlasan kita dan doa dari kucing untuk tuan rumah.

Jadi selepas ini jika kita didekati kucing berbaik sangkalah kepada Tuhan kerana agenda rezeki kita dari Tuhan itu lebih baik dari perancangan kita sendiri. Dan mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki di dalam hidup kita.

Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda tetapi juga dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi di dunia dan akhirat.

Artikel berkaitan: ‘Mommy Sedih Sampai Sakit Dada’- Tak Pernah Berjauhan, Rita Rudaini Bangga Anak Masuk MRSM

Kadang-kadang kucing yang mendekati kita itu mungkin merimaskan kita. Tapi ingatlah bahawa Allah SWT menghantar kucing itu sebenarnya untuk menguji kita. 

Ujian pertama adalah soal bagaimana kita memandang dunia terutamanya rezeki. Adakah kita terlalu cintakan dunia sehingga kita menjadi terlalu bakhil dalam berkongsi rezeki dengan yang lain?

Ujian kedua adalah untuk melihat sejauh mana layanan kita kepada sesama makhluk.

Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing kerana melaluinya manusia boleh belajar ilmu ikhlas…

Biar Gagal Jadi Isteri, Yang Penting Tak Gagal Sebagai Ibu!

Merupakan seorang yang tegas, bekas pramugari dan finalis Dewi Remaja 1998/1999 itu tekad mahu menjadikan anak-anaknya seorang insan berguna yang lebih baik daripada dirinya. Memetik kata-kata Rita di Instagram sebelum ini…

“Bukan ibu yang sempurna. Saya pernah remaja, saya pernah leka. Semuanya saya ceritakan pada anak-anak supaya jadi panduan untuk mereka.

Saya asuh mereka dari kecik sebab saya nak mereka jadi lebih baik dari saya. Saya tegas kerana saya taknak mereka rasa rugi di hari tua andai umur panjang.

Saya Tak Guna Posisi Ibu, Tapi Ajar Mereka Hormat Sesama Manusia,” – Rita Rudaini

Bukan saja comel dan segak, kedua-dua putera Rita Rudaini juga dibesarkan dengan ilmu dunia akhirat yang secukupnya. Nampak berkesan betul didikan ibu mereka, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna membesar dengan sihat dan mendengar kata.

Didoakan semoga Rita Rudaini terus tabah dan kuat menjalani kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal terbaik dan menjadi inspirasi kepada ramai wanita lain.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA

Artikel berkaitan: Meski Kena Penyek & Dipijak, Rita Rudaini Terharu Diberi Peluang Cium Hajarul Aswad

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.Ana


Posted

in

, , , , ,

by

Comments

Leave a Reply