“Saya Tak Pernah Berdoa Minta Kaya Tapi Nak Zakat Bertambah” HALIZA MAYSURI

Lebih 20 tahun jenama Bawal Exclusive kekal di pasaran, bukan satu tempoh yang singkat. Pelbagai rintangan telah diharungi oleh pengasasnya, Haliza Maysuri bersama suami tercinta Mohd Rosli Awang demi meletakkan label ekslusifnya itu di tahap gah bukan hanya di Malaysia bahkan luar negara.

Pengalaman berniaga di pasar malam dan pernah memiliki gerai kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur telah membina jati diri usahawan Bumiputera berusia 45 tahun ini.

Walaupun kini bergelar jutawan, Haliza tetap merendah diri. Ini kerana Haliza mengakui dirinya tidaklah terlalu hebat kerana berpendapat ramai lagi usahawan Malaysia yang lebih hebat darinya.

“Saya tidaklah hebat kerana ramai usahawan Malaysia yang lagi hebat dari saya. Namun saya dewasa dengan pengalaman.

“Semoga pengalaman yang selalu saya kongsi akan memberi manfaat kepada usahawan baru yang nak bermula, ataupun yang sedang jatuh nak bangkit semula.”

Baru-baru ini, Hijabista berpeluang menemu bual pemilik Bawal Exclusive Sdn Bhd ini di program ‘Selebriti Bersama Mufti’ anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Majlis berlangsung dalam suasana santai di kediaman indah milik pasangan pelakon terkenal Zamarul Hisham dan Diana Rafar di Shah Alam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adiana Rafar (@dianarafar)

Pada program tersebut, Haliza selaku Pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd menunaikan zakat pendapatan dan perniagaan sebanyak RM407,888.

Diikuti dengan Bizmilla Catering Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Nursyamila Jirin atau Mila Jirin berjumlah RM365,268.73.

Manakala Pengasas Herbaworks Healthcare Sdn Bhd Ikhwan Hasyidan Ilyas menunaikan zakat pendapatan sebanyak RM212,760.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haliza Maysuri (@halizamaysuri)

“Alhamdulillan saya diberi peluang untuk berbagi rezeki kepada insan-insan yang kurang berkemampuan pada hari ini. Saya rasa sangat terharu bila menjadi antara insan yang terpilih untuk berkongsi rezeki terutama kepada selebriti-selebriti yang dah uzur, tiada pendapatan.

“Apa yang saya buat hari ini sangat rasa berpuas hati, doakan saya tahun hadapan boleh bayar zakat lebih banyak lagi dan dapat bantu insan-insan berkemampuan dengan lebih lagi,” kongsi Haliza.

Turut dikongsi perkembangan terkini Bawal Exclusive yang masih kekal utuh di pasaran selama lebih dua dekad.

“Alhamdulillah atas sokongan dan juga doa daripada pelanggan Bawal Exclusive yang kekal setia walaupun dah lebih dua dekad.

“Bagi saya, apabila kita berniaga dan mempunyai pendapatan yang banyak dapat membantu insan-insan yang kurang berkemampuan dengan lebih lagi. Itulah rahsia saya, tidak pernah berdoa minta kaya. Saya sering berdoa agar zakat bertambah setiap tahun.

Automatically, apabila kita nak zakat banyak itulah usaha kita agar lebih digandakan. Dan bila kita bayar zakat yang banyak of course harta yang lain akan mengiring. Itulah salah satu tip berjaya yang saya amalkan sehinggalah Bawal Exclusive berada di tahap sekarang,” tutur Haliza.

Kredit Foto: Instagram Haliza Maysuri

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini


by

Comments

Leave a Reply