Jari Tercucuk Selumbar, Duri ‘Meluncur’ Keluar Dengan Mudah Guna Teknik Ini

Jari yang tertusuk dengan selumbar, duri atau serpihan kayu halus, boleh tahan sakit, ya! Bukan biasa-biasa sampai tahap berdenyut tak boleh buat kerja.

Apa yang lebih risau apabila bakteria atau kuman yang boleh menyebabkan kulit mengalami keradangan dan nanah mula kelihatan.

ARTIKEL BERKAITAN : Pantas & Berkesan, Ini 5 Cara Untuk Hilangkan Dakwat Kekal Dari Jari Anda Setelah Mengundi!

Jari Tercucuk Selumbar

Seperti yang terjadi kepada seorang pengguna di Facebook, Rose Ramli, jarinya pernah tertusuk duri pokok jarum tujuh bilah.

Cubaannya untuk mengeluarkan duri tajam yang tertinggal di dalam jarinya menggunakan jarum ternyata gagal hingga menyebabkan anggota itu membengkak sehingga tiga hari.

Namun, akhirnya wanita ini berasa lega apabila berjaya mengeluarkan duri tersebut menggunakan satu kaedah dikongsikan di Facebook.

Cara-caranya:

1. Masukkan garam sebanyak tiga sudu kecil ke dalam bekas berisi air suam.

2. Rendamkan jari yang masih mempunyai duri sekitar 30 minit.

3. Kemudian tekan bahagian jari yang bengkak.

4. Perhatikan bahagian duri tertusuk sewaktu menekan sehingga durinya terkeluar.

Kata Rose, duri tersebut ‘meluncur’ keluar dengan mudah selepas melakukan kaedah ini.

Ujarnya lagi, dia berasa lega apabila berjaya mengeluarkannya kerana bimbang duri itu akan menyebabkan masalah yang lebih buruk.

Kaedah yang sama boleh cuba dilakukan jika anda terkena selumbar. Namun anda dinasihatkan supaya segera berjumpa doktor sekiranya luka pada bahagian yang terkena duri atau selumbar tidak sembuh walaupun sudah dikeluarkan.

Semoga bermanfaat kepada semua.

BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply