Jaguh Badminton Negara, Lee Zii Jia Kini Nombor Empat Dunia!

Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia memanjat dua mata tangga untuk berada di kedudukan keempat berbanding keenam dunia sebelum ini.

Perkembangan positif tersebut dikongsi menerusi kemaskini ‘ranking’ oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada 27 Ogos.

BACA: Lee Zii Jia Kini Di Ranking Ke-6 BWF, Naik Satu Anak Tangga Selepas Menang Gangsa

Meskipun tersingkir pada pusingan awal Terbuka Jepun minggu lalu, namun jaguh badminton yang berusia 26 tahun itu mencatat peningkatan hasil rentak positif termasuk merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Paris pada awal bulan ini.

Zii Jia mengumpul 83716 mata untuk memintas dua lagi pemain iaitu pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dan Anders Antonsen dari Denmark.

BACA: Rezeki Gangsa! Lee Zii Jia, Aaron Chia – Soh Wooi Yik Terima Habuan Kereta Mewah

Kejayaan tersebut menyaksikan juara Terbuka Thailand itu kembali ke dalam kelompok empat pemain terbaik dunia dengan kali terakhir Zii menghuni tangga itu pada 23 April 2023.

Ranking pertama masih kekal milik jaguh China, Shi Yu Qi dan juara Sukan Olimpik Paris 2024, Viktor Axelsen di tempat kedua sambil diekori rapat Jonatan Christie dari Indonesia di kedudukan ketiga.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Comments

Leave a Reply