Lubang kunci pintu rumah jika telah lama digunakan boleh jadi tersangkut-sangkut dan tak lancar. Jadi rasa susah nak guna kunci untuk buka pintu. Rupanya ada cara mudah untuk servis lubang kunci yang tersangkut-sangkut supaya kembali lancar. Hanya menggunakan karbon pensel.
Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Azar Sani.
Pada yang belum tahu.. nak share cara-cara service lubang kunci. Mesti ada yang pernah rasa susah, tersangkut-sangkut dan lain-lain masa nak masuk anak kunci dalam lubang kunci.
Dulu-dulu pernah juga spray WD40 dalam lubang tu.. tapi still tak smooth jadi berminyak dalam lubang kunci dan pada anak kunci. Pastu dapat ilmu dari technician Yale (company yang buat lock). Katanya jangan spray WD40 nanti habuk-habuk melekat dalam lubang kunci lagi susah. So cara nak service guna je pensel karbon.
Nampak tak stuck masa nak masuk kunci..
Rujuk cara-cara pada setiap gambar ye.
- So ni watak-watak utama pensel biasa je.. stok pensel kutip kat hotel je masa event. Pisau untuk keluarkan karbon dalam tu.. opps sebelum tu nak lagi mudah guna je “ubat pensel tekan”.
2. Tu dia dah keluarkan isi perut pensel tu.. hammer tu untuk lumat-lumatkan karbon jadi serbuk.
3. Dah halus.. kalau boleh lagi halus lagi bagus.. lumatkan atas kertas senang.
4. Boleh letak pada kunci dan masukkan kunci pada lubang yang sepatutnya.. ulang berberapa kali sampai boleh rasa smooth.
5. Nak lagi mudah.. buka je lubang kunci tu dari pintu.. tuang je serbuk pensel tadi dalam lubang tu ikut suka la banyak mana.. ulang proses masuk tarik anak kunci sampai rasa smooth macam tadi.
Ok ni hasilnya.. dah smooth.. mudahkan.. (abaikan rupa lock tu dah lebih 10 tahun usia).
Selamat mencuba.
Mesti Baca:Bersihkan Sofa Bertompok Kena Kotoran. Ini Caranya Guna Air Panas!
Baca Lagi Di Sini:Beranikan Diri Pertama Kali Buat GAZEBO Saiz 8×8 Sendiri, Belajar Dengan ‘Google’!
Artikel Menarik:CARA Basuh Kain Buruk, Kain Lap KOTOR Kembali Bersih & Wangi Macam Baru!
IMPIANA:Jadi jika lubang kunci dah tersangkut-sangkut, boleh guna pensel karbon untuk lancarkannya semula. Ikut cara yang dikongsikan ini.
Sumber: Azar Sani
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.