Proses minum air gula ketika pemeriksaan bulanan waktu hamil sering membuatkan bakal ibu rasa takut dan tidak bersedia. Bimbang sebaik minum, air gula dimuntahkan semula tanpa sengaja dan perlu minum sekali lagi. Memang tak mampu!
Bimbang dengan situasi ini, ada yang sanggup menolak minum air gula. Bolehkah? Menurut perkongsian Dr Norintan Zainal Abidin, menolak minum air gula hanya akan mengundangkan risiko kepada diri dan bayi dalam kandungan. Jadi sebaiknya minum sahaja untuk kebaikan kedua-duanya.
Elak Minum Ujian Air Gula?
Apakah yang boleh berlaku jika mereka yang berisiko ‘lari’ dari menjalani ujian minum air gula ketika hamil? Golongan wanita sebegini mungkin mengalami penyakit kencing manis tanpa disedari.
Ketika hamil, hormon kehamilan merupakan faktor utama mengapa insulin tidak mencukupi di dalam tubuh wanita yang mengandung. Fenomena ini dikenali sebagai “insulin resistance”.
Keadaan di mana insulin tidak mencukupi mengakibatkan tahap glukos dalam darah wanita hamil ini berada ditahap tinggi. Glukos yang tinggi boleh menyebabkan masalah di dalam bayi seperti:
• Keguguran
• Kelahiran pramatang
• Polyhydramnios ( Air ketuban yang banyak)
• Makrosomia ( Bayi yang besar)
• Sudden fetal death ( Kematian bayi dalam kandungan secara tiba-tiba)
• Masalah jantung dan tulang belakang di dalam bayi
Masalah bagi ibu pula adalah seperti sentiasa kerap kencing, sering lapar dan dahaga, kenaikan berat badan dan jika paras glukos dalam darah semakin tinggi, berat badan boleh menurun.
Selain itu ibu juga adakan merasa penat dan tidak bertenaga, risiko kelahiran secara Caesarean section juga menghadapi risiko mengidap penyakit kencing manis di masa hadapan/di usia yang lebih tua.
Bagi mengelakkan masalah-masalah ini, pada pendapat saya, setiap wanita yang ingin hamil mestilah berusaha untuk menjaga kesihatan dari peringkat “sebelum hamil” lagi.
Jalani hidup yang sihat, lakukan pemeriksaan kesihatan, pastikan tiada kencing manis, darah tinggi dan masalah tiroid misalnya.
Pastikan berat badan sesuai dengan ketinggian. Jika anda sudah sememangnya seorang pesakit kencing manis, dapatkan nasihat doktor untuk menstabilkan glukos dalam darah, menjaga pemakanan, menjalani senaman yang sesuai, berhenti dari aktiviti tidak sihat seperti merokok dan sebagainya.
Doktor juga akan menasihati puan mengenai senarai ubat-ubatan yang selamat diambil ketika hamil.
Jika kita hamil di usia 25 tahun ke bawah dan tidak mempunyai risiko untuk kencing manis, kita tidak perlu untuk minum air gula ketika hamil. Bagi wanita-wanita yang lain, nampaknya pilihan yang yang bijak adalah untuk cekalkan hati dan jalani ujian mOGTT ini.
Tip minum air gula
Tips minum air gula supaya tidak sangkut paling penting adalah untuk minum tanpa berhenti. Ini kerana apabila berhenti walaupun seketika, dikhuatiri anda akan susah untuk menghabiskannya.
Jadi sebelum mula minum, tarik nafas dalam-dalam. Semasa minum pula, tahan nafas supaya anda tidak terbau air gula tersebut. Mudah!
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Pa&Ma
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.