Penyanyi Kaka Azraff tampil membuka mulut mengenai kemelut melibatkan dirinya dengan syarikat rakaman, Warner Music seperti yang hangat diperkatakan, sejak beberapa hari lalu.
Menurut Kaka, dia agak terkilan kerana tindakkan ini dilakukan secara tiba-tiba dan tanpa penerangan yang jelas.
“Sebagai artis yang paling lama bersama Warner Music, saya percaya setidaknya saya berhak mendapatkan alasan rasmi kenapa kontrak saya ditamatkan.
“Sejujurnya saya tidak terkilan kontrak ini ditamatkan cuma saya terkilan dengan cara syarikat rakaman yang membuat keputusan secara tiba-tiba.
“Mereka juga tidak memberikan saya ruang untuk berbincang secara lebih jelas walaupun tempoh yang diberikan 30 hari,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Bukan Hal Aku ini berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media tergempar yang berlangsung di The Flint, Damansara pada Rabu.
Pada masa sama, Kaka turut menegaskan dirinya langsung tidak menyesal dengan mesej langsung yang telah dihantar kepada pelakon Austria, Nathaniel Buzzolic.
Bagaimanapun dia akui yang dirinya boleh menggunakan bahasa yang lebih baik.
“Saya hanya memberikan respon terhadap video propaganda yang saya rasa ia menyedihkan.
“Mereka kata, rakyat Israel memilih kehidupan tapi mereka di Gaza memilih kematian. Kenyataan itu kejam.
“Sedangkan Israel yang menjajah Palestin. Israel itu negara haram dan banyak melanggar undang-undang antrabangsa.
“Tak salah untuk saya luahkan perasaan. Lagipun ia merupakan DM. Saya tak ajak orang lain untuk sama membenci. Tindakan pihak Israel sangat tidak bermoral.
“Jadi, kalau mereka menjangkakan saya untuk bermoral kembali, mereka tak layak nak dapatkan itu daripada saya. Saya bukan anti-perkauman atau antisemitik,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Kaka turut mendedahkan dirinya ada berjumpa dengan pihak Warner Music untuk proses penamatan kontrak.
Namun, keputusan muktamat masih belum dibuat dan Kaka menyerahkan hal tersebut kepada pihak peguam
Kita ada berjumpa tapi bukan perbincangan. Cuma untuk menandatangani surat penamatan kontrak pada 30 November lalu.
“Mereka dakwa saya telah melanggar undang-undang global yang ditetapkan syarikat rakaman.
“Saya belum tandatangan lagi dan sebab itu saya memberikan hal ini kepada pihak peguam untuk mereka perhalusi terma-terma baru tersebut,” akhirinya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Kaka, Aidil Khalid daripada Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil memaklumkan mereka kini sudah menghantar surat balas kepada pihak Warner Music
“Kami telah menghantar surat balasan terhadap Notis Penamatan tersebut bagi pihak Kaka, bertarikh 5 Disember 2023.
“Intipatinya, antara lain, mengambil maklum penamatan kontrak Kaka, tetapi dalam masa yang sama merizabkan segala hak Kaka di sisi undang-undang,” ujarnya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.