CILI KAMPUNG Sekali Petik Dapat Sedulang, Pangkal Pokok Tutup Dengan Sabut!

Lebat sungguh dan memang meriah hasilnya apabila cili kampung yang ditanam, sekali petik sahaja pun dan boleh dapat sedulang! Memang jimat, tak perlu beli cili kampung lagi di pasar.

Rupanya ada caranya untuk dapatkan hasil cili kampung yang meriah merimbun macam ni.Selain dengan siraman air baja, kena pastikan pangkal pokok ditutup dengan sabut, untuk mengekalkan kelembapan tanah.

Bagi yang tanam pokok cili di rumah, boleh tip tanam pokok cili kampung yang dikongsikan oleh Puan So Na Ta ini supaya meriah hasilnya.

Memang simpan untuk raya. Halia & kelapa je kena beli. Dua pokok je yang dipetik, dapat satu dulang.

Tipnya:

1. Simpan air basuhan ikan (air basuhan pertama dan kedua) dan siram pada pokok cili.

2. Siram juga pokok dengan air beras.

3. Dua minggu sekali letak baja organik (Milagro).

Info Ekstra!

Tanam dalam bag beras pun dah ok.Sebelah bawah lapiskan dengan sabut kelapa untuk lembabkan tanah. Saya pun bukan tanam kat tanah, tanam dalam tong cat je.
Nak cantikkan daunnya dan banyak buah, biasanya yang saya buat kalau daun keriting saya akan potong pokok tu.Buang mana yang kerinting. Tinggalkan tiga atau empat jari dari tanah.Kalau pokok dah besar potong sejengkal dari tanah

Mudah saja. Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Boleh beli baja Milagro murah di sini: https://invl.io/clkejlq

Mesti Baca:Pokok Cili Yang Ditanam Berbuah Lebat & ‘Gemuk’, 5 Tip Wajib Buat!
Baca Lagi Di Sini:Cara Elak Serangan Serangga dan Kulat Untuk Pokok Cili Guna Baja Organik Ini
Artikel Menarik:Tanam Cili Cara “Upside Down” Lebih Jimat Ruang Dan Mudah Dijaga

IMPIANA: Memang meriah dan lebat sungguh hasil cili kampung ni. Boleh ikut tip yang dikongsikan dan pastikan pangkal pokok ditutup dengan sabut, untuk mengekalkan kelembapan tanah.

Sumber:So Na Ta

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply