“Buat Para Suami, Jadilah Suami Yang Pemaaf” – Dr Fadzilah Kamsah Titip Pesan, Kongsi Rahsia Rumahtangga Bahagia!

Secara umumnya, seorang suami sememangnya ditetapkan menjadi ketua keluarga, tunjang dalam pelbagai aspek di sebalik sebuah rumah tangga yang didirikan, seharusnya mereka perlu memiliki sifat pemimpin seperti penyabar dan pemaaf.

Mereka juga diibaratkan sebagai khalifah di muka bumi. Fitrah mereka jauh lebih ‘sasa’ dan gagah jika dibandingkan dengan golongan wanita.

Sehubungan itu, seorang suami perlulah berlembut dengan isteri mereka dalam apa jua keadaan. Untuk itu, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh seorang pakar motivasi terkenal tanah air, Dato. Haji Mohd Fadzilah Kamsah di laman Facebook.

Buat para suami, jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.

Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga kalian kekal bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

Jika isteri ada buat silap, tegurlah secara hikmah dan berkasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur kita yang mungkin kasar.

Apabila suami kasar, isteri jadi takut, buntu, hiba dan memberontak dalam diam.

Jika kalian mahu mendidik isteri, sentiasa jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai role model. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga.

Sebutlah nama Rasulullah tiap kali menyampaikan sesuatu hikmah dan pesanan bermakna untuk isteri. Pasti lembut hati isteri nanti.

Buat semua sahabat Tok Abah yang bergelar suami,

Cintailah isteri sepenuh hati. Cintailah dia tanpa syarat. Semakin bertambah usia, semakin itu juga kalian melihat kekurangannya. Namun jangan pernah lupa, mereka juga melihat kekurangan kita.

Maka, bertoleransilah dalam rumahtangga. Memaafkan. Itu sahaja cara bagi menyemarakkan lagi cinta dalam ikatan suami isteri yang terindah.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Sentiasa belajar untuk menjadi suami terbaik setiap hari.

Sumber: Facebook Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini

 

Comments

Leave a Reply