Sakit, Pedih Waktu Buang Air Kecil, Petanda Jangkitan Kuman, Doktor Saran Minum Air Rebusan Serai!

Masalah kencing kotor sering berlaku kepada wanita, terutama ibu-ibu yang penat menguruskan rumahtangga seharian. Selain faktor saluran air kencing perempuan yang pendek berbanding lelaki, faktor kebersihan diri yang kadangkala terabai juga menjaga punca.

Setiap kali terasa pedih atau sakit ketika buang air kecil, ada baiknya anda mendapatkan rawatan doktor. Jangan dibiarkan kerana ia mungkin petanda wujudnya kuman.

Selain itu, Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar juga turut berkongsi tip menggunakan air rebusan serai yang baik untuk menyingkirkan kuman. Jom cuba!


Kalau kerap kencing dan rasa pedih bila kencing, mungkin ada jangkitan kuman. Amal minum jus serai untuk flush kuman – kuman.

Serai ni orang dulu dulu mesti tanam belakang rumah. Wajib ada lah pokok serai. Senang tumbuh. Tak perlu jaga sangat.

Tahukah anda? Batang serai digunakan sebagai natural remedy untuk UTIs atau jangkitan kuman pada pundi kencing.

Ambil 4 batang serai. Ketuk ketuk sikit. Isikan 2 mug air dalam periuk. Masukkan serai. Rebus 5-15 minit. Bila sejuk sikit dah boleh minum.

Lepas 10 minit akan rasa nak terkucil. Serai ni bersifat diuretic. Keluarkan air dari tubuh.

Juga buang toksin yang melekat pada lemak-lemak. Terima kasih pada citric acid dalam serai.

Serai juga bantu stabilkan level pH dalam saluran pundi kencing. Sekaligus halang bakteria menetap secara haram di situ.

Ia turut direkodkan dalam kajian sains, dalam Journal of Biosciences and Medicines tahun 2016.

Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!

Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.

Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply