Rasanya macam baru lagi dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan pengacara terkenal, Ashraf Sinclair yang merupakan suami kepada penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari yang pergi menghadap Ilahi pada Februari 2020.
Walaupun sudah 2 tahun, namun kemesraan pasangan ini sentiasa berlegar di fikiran. Kebahagiaan jelas terpancar di rut wajah mereka malah anak tunggal pasangan ini iaitu Noah Aidan Sinclair dilihat sangat beruntung kerana dikurniakan ibu bapa yang selalu menyokongnya dan menyayanginya sepenuh hati.
Artikel Berkaitan : “Tak Mudah Untuk Kembali Ke Tempat Yang Ada Banyak Memori. Tempat Pertama Kali Saya Bertemu Dengan Ashraf” BCL Akui Mengalami Anxiety
Semalam, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan panggilan BCL dilihat memuat naik video ke pusara arwah suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14.
Menerusi video itu, BCL membawa kelopak bunga mawar untuk ditabur di atas pusara Ashraf. BCL turut menitipkan ucapan istimewa buat arwah dimana suaminya itu akan sentiasa berada di hatinya.
“14 tahun lalu, kita sudah berjanji untuk sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Dan, hari ini walaupun kita berada di dunia yang berbeza dan kehidupan telah berbeza untuk saya di sini tetapi, awak akan selamanya dihati saya. Happy Anniversary!,” tulisnya.
Diruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa sayu melihat video tersebut serta turut mengucapkan selamat ulang tahun dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.
BCL mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada 2008 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Noah Aidan Sinclair kini berusia 12 tahun.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.