Rebus Sotong Supaya Lembut, Tak Liat, Tak Keras, Sedap Buat Kerabu

Selalunya bila masak sotong, masalah kerap terjadi ialah sotong jadi liat dan keras.  Makan pun rasa tak best sebab lenguh mulut mengunyah.

Ini ada satu petua untuk menjadikan sotong kekal lembut dan tidak keras bila dimasak. Mudah sahaja caranya.

Rebus Sotong Supaya Lembut, Tak Liat, Tak Keras

TIP SUPAYA SOTONG LEMBUT & TIDAK LIAT

Gaul sotong bersama garam dan biarkan selama 10-15 minit. Bila nak masak, basuh semula sotong untuk buang lebihan garam. Toskan dan sotong sedia dimasak.

Petua sudah dapat. Jadi bolehlah cuba resipi kerabu sotong ala Thai ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Sedap Buat Kerabu

CARA BUAT KERABU SOTONG ALA THAI

BAHAN-BAHAN:

1 kg sotong
Serai – dimayang
Tomato
Mangga muda
Bawang holland
Jus limau nipis secukupnya

BAHAN SOS:

5 biji cili padi
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Kicap sotong/sos ikan nampla secukupnya
Daun ketumbar
2 sudu makan gula thai
Sedikit cuka
2 sudu makan gula
2 sudu teh garam
Sedikit air

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan sotong dan kukus bersama serai yang telah dimayang. Ketepikan.

2. Satukan bahan-bahan sis. Kisar halus. Sukatan bahan boleh diubah mengikut cita rasa masing-masing. Lebihkan cili padi jika mahu lebih pedas.

3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak seketika untuk mengeringkan sedikit airnya. Padam api.

4. Hiris tomato, mangga mudah dan bawang holland secukupnya.

5. Gaulkan dengan sotong yang telah dikukus dengan serai tadi. Masukkan juga sos.

6. Perah jus limau nipis dan gaul rata.

7. Sotong kukus limau ala Thai sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Amira Rosli

Baca artikel lain di sini: Sotong Bakar Ala Thai Masam Manis, Gerenti Satu Keluarga Suka!

Resipi Sotong Celup Tepung Sedap & Rangup. Tip Tepung Tak Tanggal Waktu Goreng, Kena Goncang Dalam Bekas Tertutup!

Rupanya Nak Elak Sotong Jadi Kecut Dan Bau Hanyir Guna Bahan Ni, Baru Saiz ‘Maintain’.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply