“..Aku Manusia Biasa Mampu Lakukan Kekhilafan” Ucapan Bermakna Alyah Buat Birthday Tok Ram!

Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan.

Tidak ketinggalan, penyanyi Datin Alyah juga ada berkongsikan kompilasi gambar dan video detik-detik jam 12 tengah malam bagi menyambut hari istimewa suaminya yang juga Mastro Muzik, Datuk Ramli MS.

Perkongsian yang dibuat di laman Instagram miliknya itu menunjukkan gelagat Ramli atau lebih dikenali sebagai Tok Ram yang sedang sibuk bermain snuker sebelum menantikan hari baharu bagi menyambut ulang tahunnya itu.

“Happy birthday @tokram_ramlims. Semoga sentiasa berada dibawah perlindungan Allah SWT dunia dan akhirat 🀲

“Tahun ni tak ada surprise2 πŸŽ‰πŸ₯³concept terus terang aja katanya πŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺ πŸ’β€β™‚οΈBila ditanya apa tu?πŸ’β€β™€οΈI pon jwb cake πŸŽ‚ harijadi u Nanti mlm makan ngan kawan ya 😁😁😁 dah mcm Aqqil plak den buat laki den ni πŸ€—πŸ€—” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam entri tersebut juga, Alyah atau nama sebenar, Noor Hasliah Abu Hasan, turut membuat nukilan khas untuk suaminya yang disifatkan telah banyak mengajarnya tentang erti kehidupan serta menjadi manusia yang lebih baik.

Allah swt berikan kamu utk aku blaja mengenal Allah swt.
Allah swt berikan kamu utk aku tahu apa itu sabar.
Allah swt masih berikan Aku bersama kamu utk aku ketahui Bahawa aku juga manusia biasa bila bila saja mampu lakukan kekilafan.
Allah swt maha hebat diberikan pelbagai rasa dlm rumahtangga ini utk aku tahu siapa yg terbaik buatku πŸ₯ΉπŸ₯ΉπŸ₯Ή

I sayang u nie (honey) πŸ€—πŸ€—πŸ€—

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Penyanyi lagu Kisah Hati itu mendirikan rumahtangga dengan juri program Gegar Vaganza itu dalam sebuah majlis secara tertutup di Indonesia pada 18 Mac 2013.

Sumber : Instagram alyah81


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply