‘Kekasih Akhirnya’, Selamat Pengantin Baru Safawi Rasid dan Syifa Melvin

Teka teki akhirnya terjawab, akhirnya ‘kekasih’ sebenar Syifa Melvin terbongkar.

Baru sahaja rangkul kejuaraan Piala Malaysia bersama pasukan JDT pada hari Sabtu yang lalu, semalam sekali lagi merupakan kemenangan kepada pemain sayap JDT ini apabila sah menjadi suami kepada influencer terkenal, Syifa Melvin dengan sekali lafaz.

Pada majlis pernikahan berkonsep dalam taman tersebut, pasangan mempelai menggayakan persalinan pengantin sedondon berona nude.

Pada majlis itu, Safawi menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sambil disaksikan oleh bapa kandungnya, Amirol Melvin dan pelakon Shaheizy Sam.

Majlis ijab qabul dan resepsi yang bertemakan serba putih dan menutup aurat itu dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat kedua belah pihak serta media.

Artikel Berkaitan

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan satu stadium menyanyikan lagu ’selamat pengantin baru’ buat Safawi selepas tamat perlawanan separuh akhir di antara pasukan JDT dan Sabah FC.

Bukan itu sahaja, turut tersebar kad undangan resepsi yang bertarikh 3 Disember depan dimana tertera nama ibu bapa Safawi, Rasid Sulong dan Selemeh Abu Bakar di media sosial.

Untuk makluman, Syifa Melvin merupakan adik kepada Syatilla Melvin dan adik ipar kepada pelakon terkenal, Shaheizy Sam.

 

Artikel Berkaitan

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply