Kain buruk mahupun kain lap merupakan benda wajib yang ada di dapur bagi mengelap kotoran, permukaan kaunter top mahupun perkakasan dan pinggan mangkuk. Namun jika selalu digunakan, kain buruk mahupun kain lap tersebut pastinya meninggalkan kotoran dan kesan yang sukar ditanggalkan. Lebih-lebih lagi jika kesan minyak.
Sebenarnya ada caranya nak basuh kain buruk atau kain lap di dapur yang kotor ini. Barulah kain-kain tersebut, betul-betul bersih, wangi tiada kesan kotoran macam baru beli.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Zuraidah Ismail ini sebagai panduan;
Tip basuh kain buruk dan kain lap-lap. Boleh beli kain lap di sini: https://invl.io/clkdkb8
CARA NAK BASUH KAIN BURUK ATAU KAIN LAP DI DAPUR YANG KOTOR.
1. Rendam bersama sabun dan clorox selama 2 jam. Clorox biar lebih sikit.
2. Selepas tu basuh dalam mesin basuh putarkan beberapa minit.
3. Selesai basuh terus masuk dalam mesin pengering jangan bilas dengan air bersih dulu.
4. Bila dah kering rendam semula bersama sabun dan clorox putar lagi beberapa minit.
5. Masuk dalam pengering balik.
6. Angkat dan bilas macam biasa.
7. Keringkan dan jemur.
Kak Ida memang cerewet dalam hal-hal kebersihan rumahtangga dan kain buruk untuk meniaga. Ni Kak Ida tunjuk cara basuhnya, sharing is caring. LOVE FROM KAK IDA
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini :DIY Tukar Tandas Cangkung Ke Tandas Duduk, Jimat Kos Tak Perlu Pecah Jubin!
Artikel Menarik: TEKNIK Cantas Pucuk Luruhkan Semua Daun, Tip Pokok Mulberry Berbuah Lebat!
Mesti Baca:TUKAR Pintu Bilik/Rumah PILIH Tuil Jenis Pemegang (Handle) Berbanding Tombol (Knob)
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi selepas ini, jika nak basuh kain buruk, atau kain lap kembali bersih, wangi dan putih melepak boleh ikut tip yang dikongsikan ini.
Sumber : Zuraidah Ismail
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.