Cantiknya Nama! Mawar Rashid Selamat Bersalin Anak Perempuan, Beri Nama Raden Seri Riyanna Sayang

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid selamat melahirkan cahaya mata ketiganya di salah sebuah pusat perubatan di Selangor pada Sabtu.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Mawar berkata, dia bersyukur proses melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Raden Seri Riyanna Sayang secara normal itu dipermudahkan Allah SWT.

“Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Mawar bersalin secara normal, sama seperti dua anak saya sebelum ini, Rafael & Cinta. Terima kasih semua atas doa-doanya.
“Ucapkan hai kepada, Raden Seri Riyanna Sayang,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Dalam ruangan komen, rakan artis dan pengikut meninggalkan ucapan tahniah selain mendoakan pelakon drama TQ Captain itu serta bayinya sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Untuk rekod, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf Yaakob pada November 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 4, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia dua tahun.

Mawar turut memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf terdahulu.

Sumber: Instagram Mawar Rashid


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply