Terima Perubahan Isteri Seadanya, Fizz Fairuz – “Kalau Awak Kurus, Saya Mengandungkan Awak Balik”

Sebelum ini belum tular tentang perubahan fizikal selebriti, Datin Almy Nadia yang sering menerima banyak saranan daripada orang sekeliling yang meminta supaya wanita itu menurunkan berat badan.

Menurut suaminya, Datuk Fizz Fairuz, dia tidak kisah dengan perubahan bentuk fizikal isterinya kerana tetap akan menyayangi dan mencintai wanita itu sepenuh hati.

“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah.

“Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu,” kata Fizz.

Ujar pelakon berusia 44 tahun itu lagi, dia bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang dianggap sempurna kerana pandai menguruskan rumah tangga serta anak-anak.

“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.

“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya,” kata Fizz.

Fizz memberitahu, sebelum ini dia pernah memberi galakan kepada Almy untuk menurunkan sedikit berat badan, tetapi mestilah dengan cara yang betul dan sihat.

“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?

“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” kata Fizz yang ditemui media ketika tayangan perdana filem Coast Guard.

Sementara itu, Fizz mengakui tidak pernah menerima sebarang mesej nakal daripada wanita yang mahu mendekati dirinya dalam media sosial.

“Mesej daripada wanita lain? Sejujurnya tiada. Kalau ada pun scammer. Tapi kalau mesej yang sarankan saya supaya menyuruh isteri untuk kuruskan badan, memang banyak.

“Siap tawarkan produk lagi. Tapi saya tidak melayan pun,” katanya.

Sebelum ini Almy atau nama lengkapnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 37, pernah menjadi mangsa kritikan netizen terutama selepas melahirkan anak dan tidak lagi bergiat aktif dalam dunia lakonan.

Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan.

Sumber : KOSMO!, gambar Instagram @almynadiaofficial


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply