Pasang Sendiri Paver Block Di Laman, Elak Rumput & Lalang Naik. Cuma Tabur Pasir Tak Perlu Simen

Laman rumah yang terbiar memang akan cepat saja tumbuh rumput dan lalang. Dari sakit mata tengok rumput menjalar, elok juga kalau letak batu lanskap atau paver block sebegini agar nampak kemas dan boleh jadi ruang letak kereta.

Pemasangan paver block atau batu paver ini antara DIY yang boleh kita buat sendiri dan tak memerlukan bancuhan konkrit. Apa yang diperlukan cuma tenaga untuk menyusun batu dan ketelitian.

Jika nak cuba buat di laman rumah sendiri boleh gunakan info perkongsian saudara Haniff M. Saharin sebagai panduan.

DIY batu paver di laman rumah

Belajar susun batu landskap di laman depan. Tengok orang buat nampak macam senang, dah cuba buat sendiri sakit pinggang jugalah. Alhamdulillah sikit-sikit lama lama boleh siap juga.

Ini info yang boleh membantu bagi yang nak cuba buat sendiri

1) Material : heavy duty interlocking paver block jenama SUNWAY

2) Harga : 2.00-2.50 (bergantung pada kuantiti) boleh beli di kedai hardware. Ada pelbagai bentuk, warna dan saiz. Harga juga berbeza.

3) Pemasangan batu ini tak perlu simen, cuma kena letak pasir di bawahnya. Pasir bila kena air ia akan padat sendiri.

4) Paling penting pastikan pasir rata sebelum susun batu supaya senang untuk ‘adjust level’ bagi memastikan permukaan rata, tak terjongket.

5) Boleh juga alas dengan plastik di bawah pasir untuk elak tumbuh rumput. 

6) Lepas siap susun batu isi pasir halus pada sambungan batu untuk pastikan batu tak beralih.

7) Jika ada rumput tumbuh celah batu ini boleh gunakan racun rumpat untuk matikannya. 

Semoga bermanfaat

Sumber: Haniff M. Saharin


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply