“Rasa Lain Macam Bila Nak Bergelar Bapa” Remy Ishak Akui Isteri Hamil, Titip Doa Baik-Baik

Pelakon Remy Ishak memaklumkan bahawa isterinya, Ezza Yusof kini sedang hamil lima bulan selepas dihujani soalan itu di media sosial sebelum ini.

Memetik laporan Kosmo! Remy mengesahkan berita kehamilan isterinya itu dan mengakui ia sebuah pengalaman yang luar biasa untuk bergelar bapa.

“Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal. Doktor pun beri nasihat tidak mengembar-gemburkan dahulu.

“Jadi, memang tak boleh nak cakap (kongsi) apa sangat. Sekarang dah stabil dan kandungan Ezza pun doktor kata sihat, bolehlah saya kongsikan kepada orang ramai,” jelas Remy.

Kongsi Remy, dia dan isteri telah melakukam imbasan (ultrabunyi) dan kandungan isteri dalam keadaan sihat.

“Sekarang kandungan dah lima bulan dan kita boleh nampak baby bump. Dah ada ‘baby’ dalam perut. Dah buat imbasan semua dan memang tak boleh sembunyi dah.

“Orang pun tengok keadaan dia macam mana sekarang kan? Begitulah dan betul apa yang diperkatakan ramai. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan bakal bergelar seorang bapa. Memang sesuatu yang sangat istimewa,” katanya.

Susulan itu, Remy memohon orang ramai untuk mendoakan dirinya dan isteri dalam menjalani fasa sebagai ibu bapa.

“Cuma saya minta doa yang baik-baik daripada orang ramai agar fasa baharu dalam kehidupan suami isteri antara saya dan Ezza mendapat rahmat Allah SWT, rasa lain macam bila nak bergelar bapa,” luahnya kepada Kosmo!

Sekadar info, Remy dan Ezza telah mendirikan rumah tangga bersama pada 21 Ogos 2021.

Sumber : Kosmo!


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply