Tak Boleh Sambung Semula, Jari Kelingking Sharonizam Putus Ketika Potong Ayam

Malang tidak berbau, pelakon otai Shahronizam Noor terlibat dalam kemalangan kecil yang menyebabkan jari kelingkingnya putus. Kejadian difahamkan berlaku ketika dia sedang memotong ayam untuk diberikan kepada kucingnya.

Memetik laporan daripada Harian Metro, suami kepada selebriti dan penyanyi tempatan, Safura Yaacob itu segera dikejarkan ke Hospital Ampang selepas melihat jari yang sudah terputus itu.

Kejadian ini turut disahkan oleh anak tirinya, Daniel Hairi yang menjadi saksi berkata insiden berlaku selepas mereka sekeluarga berbuka puasa di rumah.

“Abah mahu memotong ayam untuk diberikan kepada kucing peliharaan. Malangnya, pisau yang dipegang tersasar lalu terkena jari kelingkingnya ketika sedang memotong ayam,” tambahnya.

Melihat keadaan jari bapanya itu, mereka segera pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan berjaya menghentikan pendaharan. Namun, doktor pakar mengesahkan bahawa jari yang terkulai dan putus tersebut tidak dapat disambungkan semula kerana urat arteri yang telah terputus.

“Abah bernasib baik kerana mereka berjaya menghentikan pendarahan walaupun jari kelingking sudah putus. Petugas perlu tunggu pengesahan doktor pakar sama ada jari kelingking boleh disambungkan atau sebaliknya.

“Namun, doktor pakar mengesahkan jari kelingking tidak dapat diselamatkan kerana urat arteri sudah putus,” katanya.

Jelas Daniel lagi, meskipun sedih tiada lagi jari kelingking, bapanya tetap reda dengan ujian menimpanya pada bulan Ramadan ini.

“Keadaan abah semakin stabil dan kini sedang berehat sehingga luka dialaminya sembuh sepenuhnya,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply