DIY Tukar Tandas Cangkung Ke Tandas Duduk, Jimat Kos Tak Perlu Pecah Jubin!

DIY Tukar Tandas Cangkung Ke Tandas Duduk, Jimat Kos Tak Perlu Pecah Jubin!. Jika di rumah menggunakan tandas cangkung dan berhasrat nak tukar ke tandas duduk, ada cara jimat kos tanpa memecahkan jubin. Memang jimat banyak.

Bukan apa, menggunakan tandas duduk lebih selesa dan selamat, terutamanya buat kanak-kanak dan warga emas yang kurang sihat, sakit lutut, obesiti dan sebagainya.

Boleh ikut tutorial, langkah demi langkah lengkap untuk tukar tandas duduk seperti yang dikongsikan oleh Mohd Azuan MD Turian ini sebagai rujukan.

Throwback-projek tukar tandas cangkung ke tandas duduk. Jimat kos tak perlu pecah tiles. Kos Bahan RM 150 semua sekali.

Bahan-Bahan:

Tandas duduk 1 set with cover
simen biasa & simen gum
tiles 4 keping
Pipe 20inci + penyambung

Cara Membuat:

1. Pecahkan tandas cangkung sedia ada.

2. Ukur paip anggaran 1 kaki ikut kesesuaian + penyambungan.

3. Ukur agak-agak tinggi sikit untuk pasang tiles nanti.

4. Kedudukan dan ukuran dah ngam.

5. Bancuh simen agak cair sikit tuangkan ke dalam tandas yang dah dipecahkan sampai padat dan rata.

6. Ratakan sama level dengan tiles sedia ada.

7. Potong tiles ngam-ngam dan tanda siap-siap mangkuk tandas duduk yang baru.

8. Lekatkan tandas baru dengan simen.

9. Dah siap. Dah 2 tahun pakai masih berkhidmat dengan cemerlang.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca: Tandas Awam ‘MAKE OVER’ Jadi Kedai Kopi, Siap Kekalkan Jubin Era Ratu Victoria
Baca Lagi Di Sini: Transformasi Bilik Tidur Utama Konsep ‘Modern English,’ Pintu Tandas Tersorok Dalam Almari
Artikel Menarik: 5 Pilihan Kemasan Lantai Terbaik Untuk Tandas Anda

IMPIANA: Begini rupanya nak tukar sendiri tandas cangkung ke tandas duduk. Lebih jimat kos bila buat sendiri malah tak perlu pecahkan tiles pun.

Sumber:Mohd Azuan MD Turian

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply