Ibu Tunjang Utama Di Dapur, Lisa Surihani Akui Hanya Jadi Penolong Sahaja

Wanita sememangnya sudah serasi dikaitkan dengan aktiviti masak tak kira ibu, kakak atau adik perempuan. Kata orang dulu-dulu, masa wanita banyak dihabiskan di dapur untuk memasak juadah keluarga.

Memetik laporan Ohbulan, pelakon Lisa Surihani mendedahkan bahawa ibunya merupakan ketua utama apabila melibatkan aktiviti di dapur. Menurut Lisa, dia hanya menjadi penolong ibunya untuk menyediakan juadah setiap kali perayaan Aidilfitri.

“Saya hanya tolong-tolong di dapur kerana saya bukan individu utama untuk masak di dapur. Jadi, mak saya akan jadi tunjang utama untuk sediakan juadah,” katanya.

Sementara itu, Lisa turut menjelaskan bahawa ibunya memang tinggal bersamanya dan keluarga di rumah.

“Ibu saya duduk dengan saya, jadi kami akan masak masakkan kegemaran keluarga kami iaitu Briyani Arab. Kebiasaannya, kami memang akan masak beberapa hari sebelum raya,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, pelakon yang Instanbul Aku Datang ini juga turut berkongsi persiapan raya yang dilakukan lebih awal oleh keluarganya itu.

“Persiapan raya telah dilakukan sebelum Ramadan lagi, kerana kami berdua melakukan ibadah Umrah dua minggu pertama bulan Ramadan. Ketika ini, kami baru pulang dari Makkah lebih kurang seminggu lebih, jadi segala persiapan telah dibuat lebih awal,” tambahnya.

Untuk rekod, Lisa Surihani dan Yusry disatukan pada Februari 2012 dan hasil perkahwinannya mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

Sumber: Ohbulan


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply