“Sebijik Mamanya” – Netizen. Makin Besar Makin Nampak Yong Iras Lisa.

Hari Raya Aidiladha ataupun hari raya korban mungkin tidak semeriah hari raya Aidilfitri, namun suasana raya tetap dirasai. Ramai selebriti yang berkongsikan detik – detik indah hari raya mereka di akaun media sosial masing-masing sebagai kenangan.

Menerusi akaun Instagram Lisa Surihani, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Datin Lisa bersama 2 orang anaknya iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. Datin Lisa seperti biasa tampil ringkas dan polos wajahnya tanpa solekan yang tebal.

Seperti komen warganet, paling simple tetapi terpaling cantik. Yahaira atau mesra dengan panggilan Yong juga mengenakan tudung dan kelihatan comel. Satu-satunya anak perempuan Datin Lisa ini memang sering menjadi perhatian warganet.

Tidak kelihatan Dato’ Yusry dalam gambar ini dan melihat kepada suasana sekeliling, Datin Lisa berada di tempat sembelih lembu untuk ibadah korban. Datin Lisa turut mengucapkan ucapan selamat hari raya buat semua dengan ucapan yang cukup ringkas berbunyi ‘Eid Mubarak’.

Anak dan ibu sama-sama sopan dan ayu. Tentu apabila Yong sudah meningkat remaja nanti bakal secantik ibunya itu. Tidak dinafikan anak-anak Datin Lisa memiliki rupa paras yang cantik dan handsome diwarisi daripada Datin Lisa dan Dato’ Yusry.

Untuk rekod, Lisa dan Yusry telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2023 dan dikurniakan tiga orang anak, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani)

Sumber: Instagram Lisa Surihani

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply