“Selepas Lapan Tahun Terpisah, Datuk Awie Akhirnya Bertemu Dengan Dua Anaknya” – Dato’ Awie

Menerusi akaun Instagram Berita Harian, telah dikongsikan gambar pertemuan semula antara Dato’ Awie dan anak-anaknya, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha selepas 8 tahun terpisah. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Dato’ Awie ketika malam gala filem, Sue-On baru-baru ini, Aidiladha kali ini sangat bermakna untuk Dato’ Awie.

Menurut laporan portal Berita Harian, Dato’ Awie berkumpul bersama anak-anaknya ini di sebuah hotel. Perjumpaan ini turut disertai oleh anak-anak Dato’ Awie yang lain iaitu Putri Aleeya Antasha, Putri Aleefa Antasha, Putra Ahmad Merrah dan juga isteri Dato’ Awie, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin.

 

Bekas isteri Dato’ Awie, Rozana Misbun juga turut sama bersama keluarga besar ini. Antara ungkapan yang ditulis oleh Dato’ Awie berbunyi ‘Terima kasih Allah kerana mendengar doa-doaku. Sekian lama terpisah akhirnya dapat aku bertemu dengan anak-anakku. Syukur Ya Allah’.

Dato’ Awie turut mengatakan anak-anaknya ini hartanya dunia akhirat dan berharap agar perjumpaan ini menjadi titik permulaan yang baik untuk semua. Sudah besar Rezzki dan Qasseh, cantik dan handsome sama seperti kakak-kakak dan abang mereka.

Pastinya rasa gembira yang Dato’ Awie rasanya kini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Impian untuk bersatu kembali bersama anak-anak dimakbulkan oleh Allah. Melihat kesemua anak-anak di hadapan mata, hanya Allah yang tahu betapa syukurnya Dato’ Awie atas nikmat ini.

Menerusi perkahwinan dengan Rozana pada 20 Jun 2005, mereka juga dikurniakan seorang lagi anak iaitu Merrah.Awie dan Rozana bercerai pada 1 November 2014 dan Merrah kini tinggal bersama Awie.

Awie juga memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan pertama dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha. Pada 7 Oktober 2016, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 2020.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Berita Harian (@beritaharian)

Sumber: Berita Harian, Facebook Dato’ Awie

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply