Lucu! Video Shuffle Amirul Mencuit Hati Penonton.

Tular baru – baru ini sebuah video di lam sosial yang memaparkan aksi pelakon Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa sedang menari.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ain menerusi sebuah posting di TikTok.

Menerusi video tersebut, Ain sedang mendukung anaknya sambal menari ‘shuffle’ bersama Amirul.

Apa yang lebih mencuit hati peminat, gelagat Amirul membuat tarian ‘shuffle’ tersebut hanya dengan menghentakkan kaki sahaja.

“Aku sambal angkat Soraya pun boleh shuffle. Mirul ni apa entah dia buat,” tulis Ain di ruangan kasyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet terhibur melihat gelagat Amirul menghentak kaki malah ada yang mengatakan dia sedang kawad kaki.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang mempersoalkan ain sepatutnya menggunakan lagu ‘Semut Berkawad’ untuk tarian Amirul.

 

Video ini meraih lebih 3.6 juta tontonan dan lebih 280,000 tanda suka.

Untuk rekod, Ain Edruce telah mendirikan rumah tangga dengan Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Soraya.

@ain.edruceAku sambil angkat soraya pun boleh shuffle. Mirul ni apa ntah dia buat.😒♬ original sound – djdanish.__ ☑️

Sumber: TikTok Ain Edruce

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply