“Harap Boleh Ucap Selamat Tinggal & Beri Pelukan Terakhir..” – Leona Luah Rasa Sedih Pemergian Datuk

Cucu kepada Allahyarham Datuk Pahamin Rajab yang juga pempengaruh, Kasih Iris Leona turut berkongsi rasa berduka atas pemergian insan tersayang itu yang sentiasa menceriakan hidup serta percaya dengan setiap perkara dilakukannya.

Luahan yang dimuat naik di laman Instagramnya khas buat datuknya yang dipanggil Tok Pok itu jelas menunjukkan bahawa Leona cukup menghargai setiap perkara yang dilakukan Allahyarham, namun, berharap dapat mengucapkan selamat tinggal dan memberikan pelukan terakhir.

“Saya bagai tidak percaya awak tiada lagi di sini. Saya tidak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaan ini.

“Sepanjang hidup, saya hanya mahu membanggakan datuk. Apabila datuk tiada lagi di sini, saya tidak akan ada peluang lagi untuk bertanya apakah datuk bangga dengan saya?

“Saya sedih masa kita bersama di dunia ini sudah berakhir. Saya harap boleh ucap selamat tinggal dan beri pelukan terakhir.

“Saya tidak boleh ulang masa tetapi saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi cucu yang datuk banggakan,” katanya.

Allahyarham Pahamin, 77, yang juga bekas Pengerusi AirAsia Berhad, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, UK, malam Sabtu.

Berita duka itu dikongsi bapa Leona, pelakon, Azhar Sulaiman melalui hantaran Instagram (IG), awal pagi Ahad.

Azhar dilaporkan berkata, bapa mentuanya yang juga bekas Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi anaknya di London.

Leona berkata, jika ada peluang bercakap dengan arwah Tok Pok, dia mahu datuknya tahu bahawa diri bersyukur atas semua perkara yang sudah dilakukan arwah buatnya.

“Tanpa datuk, saya tidak akan jadi seperti hari ini. Saya bertuah berpeluang memanggil awak sebagai datuk. Saya harap awak merasakan yang sama mengenai saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leona (@kasihirisleona)

Artikel Lain :

“Saya Lebih Protective Dari Scha…”– Awal Ashaari Akui Sukar Besarkan Anak-anak Perempuan! – KELUARGA

“Sederhana itu indah” – Netizen – KELUARGA

“Saya Tunggu 2 Jam..”- Ibu Ni Kecewa Tak Boleh Buka Akaun Bank Sebab Status Suri Rumah – KELUARGA

Sumber : @kasihirisleona

Comments

Leave a Reply