Acara Melamar Hanya Di Kedai Makan, Siap Kena ‘Sound’ Dengan Kakak Bakal Suami Lagi!

Setiap orang mengimpikan untuk memiliki sebuah majlis yang istimewa untuk hari-hari yang tertentu mengikut citarasa tersendiri dalam sentuhan hiasan dalamannya seperti majlis perkahwinan atau pertunangan.

Namun begitu, berbeza pula dengan seorang gadis ini merisik hanya di kedai makan telah tular beberapa hari ini di laman Tiktok.

Video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang bernama @aidadaud7yang juga merupakan kakak sulung kepada seorang adik lelaki yang ingin merisik buah hatinya telah mendapat perhatian ramai dan menjadi tular kerana majlis merisik adiknya yang begitu sederhana.

Dalam video tersebut juga dapat dilihat ibu dan ayah kepada wanita yang dilamar tersebut. Ibu wanita yang dilamar iaitu wanita yang memakai tudung merah dan kelabu itu pada awalnya tersilap ingin menyarungkan cincin kepada anak perempuannya.

Kemudian, kakak lelaki yang ingin melamar tersebut atau dengan panggilan kaklong telah menegur dan mengambil tugasan menyarungkan cincin tersebut. Mereka kelihatan sangat mesra dan mendapat pujian daripada orang ramai kerana kelihatan tidak kekok dan bersahaja.

Kaklong yang merupakan bakal kakak ipar gadis tersebut juga sempat ‘sound’ dengan nada bergurau dengan mengatakan “kahwin elok-elok, kalau berkelahi aku rembat”. Kesemua mereka tertawa dengan jenaka tersebut dan dipersetujui oleh ibu kepada wanita yang dilamar itu. Berdasarkan video itu, ramai yang memuji dan menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan majlis sederhana seperti tu.

@aidadaud7 Alhamdulillah.. Settle tugasan Kaklong lamar bakal isteri untuk adik kita.. Siap sound lg hehe #cikguaida #proposalvideo #kahwin #lamaran ♬ original sound – Cikgu Aida

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji majlis yang dibuat secara ringkas ini kerana lebih memudahkan dan tidak perlu berbelanja lebih. Malah, ada juga individu lain yang berkongsi cerita mereka turut buat majlis sebegini sebelum ini.

Sumber: Tiktok aidadaud7


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply