Syukur Adik Terima Pingat Darjat Kebesaran, Warganet Doa Malam Ni Giliran Bell Ngasri Bawa Pulang Trofi!

Dek kerana namanya tersenarai dalam salah satu anugerah di Anugerah Bintang Paling Popular ke-35 (ABPBH35), Bell Ngasri sering menjadi bualan apabila dikatakan bakal menjulang trofi memandangkan menerima banyak sokongan daripada rakan artis dan juga rakyat Malaysia.

Baru-baru ini, Bell atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri berkesempatan membuat perkongsian mengucapkan tahniah kepada adiknya, Datin Anne Ngasri yang menerima pingat Darjah Kesatria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi perkongsian itu, Bell sempat berseloroh mengatakan seperti kanak-kanak apabila mendapat anugerah ini dek kerana adiknya itu bertubuh kecil dan sekaligus mengucap kata syukur melihat adik tersayang menerima pingat daripada Yang Di-Pertuan Agong.

“Apa-apa pun, tiada ungkapan atau kata-kata dapat digambarkan, hanya bersyukur ke hadrat Ilahi & tahniah buat adik saya Anne kerana dapat pingat cukup-cukup istimewa daripada Yang Di-Pertuan Agong. Tahniah sekali lagi buat Anne dan Darling. Dua-dua hebat sebenarnya berbanding abang dia yang merepek je kerjanya tak tentu hala…” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

Meninjau di ruangan komen, Anne sempat mengucapkan terima atas ucapan yang diberikan oleh abangnya itu. Malah dia turut mengucapkan semoga berjaya untuk percalonan malam nanti.

Dalam pada itu, ramai yang mengatakan mungkin malam ini giliran Bell pula menerima anugerah dan adik-adik serta keluarga yang akan tumpang gembira dengan kejayaannya.

Sumber: Instagram bellngasriofficial


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply