Maryam Syukur Omma Ikut Solat Subuh, Bawa Balik Telekung Belajar ‘Slow-Slow’ Di Korea

Sedangkan duduk serumah pun, bila pergi kerja atau bercuti tinggalkan orang tua kita boleh terbit rasa rindu. Apatah lagi yang tinggal berjauhan dengan mak dan ayah. Semestinya rasa sayu bila terkenangkan orang yang jauh dari mata.

Itulah yang dirasai oleh pempengaruh sosial media dan usahawan, Maryam yang telah bermastautin di Malaysia sejak berkahwin 3 tahun lalu.

Menerusi perkongsian Maryam di laman Instagram, dia mengakui berasa hiba sewaktu menghantar ibunya untuk kembali pulang ke Korea Selatan selepas beberapa waktu berada di Malaysia.

Menurut isteri kepada Ryzal Ibrahim itu, sejak tiga tahun berada di Malaysia dan menjadi seorang ibu kepada seorang bayi perempuan, dia akui lebih banyak menghabiskan masa serta mencurahkan kasih sayang kepada anak.

Namun, dia baru menyedari bahawa dia sebagai anak perempuan tunggal turut rindukan kasih sayang seorang ibu. Jadi, kehadiran ibu ke Malaysia sedikit sebanyak membuatkan dia berasa disayangi.

Dalam pada itu, yang menjadi tumpuan dalam perkongsian Maryam itu juga layanan Maryam yang turut membawa ibunya solat di masjid dan menghadiahkan telekung kepada wanita itu.

Menurutnya lagi, ibu tersayang mahu membawa telekung tersebut pulang dan mahu perlahan-lahan belajar solat di Korea nanti.

“Last photo, my mom ikut pergi Solat Subuh di Masjid tadi pagi, Alhamdulilah dan Insyallah , Omma juga bawak balik Maryam punya telekung untuk belajar slow slow solat di Korea. Semua doakan untuk Ibu Maryam ya,” tulisnya sambil mengharapkan agar orang ramai dapat mendoakan ibunya yang telah pun berangkat untuk pulang ke negara asal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar ibu Maryam mendapat hidayah dan istiqomah dalam perubahannya nanti.

Untuk rekod, Maryam dan Ryzal telah mendirikan rumah tangga pada pada 2019. Sekitar tahun 2020, mereka telah kembali ke Tanah Air dan memulakan kehidupan sebagai selebriti apabila kerap berkongsi kebersamaan dalam saluran YouTube DurianKimchi.

Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun, pasangan tersebut telah dikurniakan seorang cahaya mata dikenali sebagai Rina.

Sumber: Instagram maryamyunrrr


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply