Ikan Masin Duri Masak Asam, Simple Je Menunya Tapi Buat Makan Bertambah!

Ada waktu rasa tak tahu nak makan apa. Walaupun ketika itu macam-macam menu dah masak, tapi masih lagi tak kena dengan selera.

Haaa cer try buat satu menu ni, memang kena lah dengan selera orang-orang kampung, terlajak usia macam kita ni! Hehe. Apa lagi kalau bukan ikan masin duri masak asam!

Tambah pula kalau ada sambal belacan dan ulam-ulaman, lagi lengkap lah hidangan ni. Terus jadi bertambah selera jadinya! Aterr jom lah cuba resepi dari pengguna laman Facebook, Muhamad Ismail Mohd Ali ni.

Bahan-bahannya :-
ikan duri masin – beli di sini
bawang besar – beli di sini
bawang putih – beli di sini
cili kering – beli di sini
cili hidup
cili padi/melaka
air asam jawa – beli di sini
gula – beli di sini
garam – beli di sini

Cara-caranya :-
– Goreng ikan masin duri setengah masak dulu.

– Kemudian, tumis bawang besar, bawang putiuh, cili kering, cili hidup dan cili padi

– Masukkan air asam jawa sikit dulu. Kalau nak berkuah, boleh tambah lagi.

– Perasakan dengan sedikit garam

Sumber : Facebook Muhamad Ismail Mohd Ali


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply